Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya

Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya
link : Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya

Baca juga


Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya

 
Kata Muhyiddin, sementara beliau menghormati keputusan Anina dan bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman, bekas ketua sayap Wanita itu tidak mempunyai kedudukan sah untuk berdebat dengannya kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.


Muhyiddin-Yassin-ppbm-bendera-logo-anina-hamidah-malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan melayan cabaran Anina Saadudin, yang keluar dari parti itu semalam, supaya berdebat dengannya berkenaan dengan isu-isu semasa sambil menyifatkan beliau sudah tidak ada locus standi.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, sementara beliau menghormati keputusan Anina dan bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman, bekas ketua sayap Wanita itu tidak mempunyai kedudukan sah untuk berdebat dengannya kerana sudah tidak lagi menjadi ahli.

“Tak payah. Dia tidak lagi mempunyai locus standi,” katanya.

Muhyiddin, juga timbalan presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, walaupun peletakan jawatan 2 tokoh itu menjadi cabaran bagi PPBM, beliau tidak terkejut dengan keadaan itu.

Beliau menambah, mereka mempunyai hak untuk membuat pilihan sedemikian dan tidak diberi tekanan untuk meninggalkan parti.

“Mereka memutuskan sendiri. Mereka tidak dipaksa untuk berbuat demikian dan mereka tidak dipecat,” kata beliau kepada pemberita pada 1 forum di Sri Rampai di sini malam tadi.

Beliau berkata PPBM, yang ditubuhkan pada September tahun lepas akan meneruskan perjuangan parti.

Beliau juga mendakwa “sesetengah orang” tidak memahami makna sebenar perjuangan PPBM.

Semalam, Anina berkata beliau keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM.
Ini termasuk cara “kejam” beliau dipecat daripada jawatan ketua Wanita PPBM, kemudian digugurkan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu.

“PPBM tidak lagi mendokong prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti. Fitnah menjadi asas membuat keputusan dan secara tidak langsung dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya untuk kebaikan rakyat.

“Parti ini sedang ditadbir dengan buruk, namun berselindung di sebalik nama negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika bersuara lantang, maka hukuman bunuh ke atasnya akan dilakukan hanya dalam 1 hembusan nafaz. Bagaikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) saya dihukum tanpa dibicarakan dan tiada hitam putih dikeluarkan untuk hukuman politik dalam PPBM,” katanya merujuk keputusan PPBM melucutkan jawatannya sebagai ketua Wanita Disember tahun lalu.

Anina mendakwa PPBM menjadi wadah untuk mencatur kepentingan individu tertentu.

Anina, yang merupakan salah seorang anggota pengasas parti berkata, beliau telah menubuhkan NGO dan mencabar Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdebat dengannya mengenai isu-isu semasa apabila ia didaftarkan.

Katanya, beliau sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan berhubung permohonan menubuhkan NGO yang akan memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan keadaan ekonomi rakyat tetapi tidak akan jauh dari politik.

Muhyiddin menambah, keputusan untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Hamidah, yang merupakan naib presiden dan ketua penaja bahagian Gopeng, akan dibuat selepas berunding dengan pasukan undang-undang PPBM dan majlis tertinggi parti.

Muhyiddin kemudian menjawab dengan mengatakan tidak perlu menghantar sebarang jemputan kepada ahli majlis tertinggi kerana majlis di Muar itu terbuka kepada semua ahli.

Anina juga berkata, beliau tidak pernah menerima surat rasmi mengenai keputusan untuk membuangnya dari jawatan.

“Sebaliknya, apabila saya menyaman presiden Umno, keahlian saya (dalam Umno) telah ditamatkan secara automatik dan kemudian Umno menghantar saya surat rasmi,” katanya.

Peletakan jawatan oleh Hamidah, bekas anggota exco kerajaan negeri Perak, tiba 3 hari selepas adiknya Hamizura membuat kenyataan berbuar rasis menerusi Facebook.



Demikianlah Artikel Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya

Sekianlah artikel Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin: Anina tidak ada lokus standi berdebat dengan saya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/muhyiddin-anina-tidak-ada-lokus-standi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :