Judul : Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor
link : Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor
Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor
ANTARAPOSSHAH ALAM: Selepas ditegur Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pemilik 'kedai dobi untuk Muslim' yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini akur dengan arahan Sultan Johor itu untuk menamatkan dasar tersebut selepas ia disifatkan sebagai 'memalukan.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pemilik Elit Laundry turut memohon maaf kepada Sultan Johor, rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang tersinggung dengan dasarnya yang menerima kecaman pelbagai pihak.
“Saya sudah patuh pada titah Tuanku. Saya memohon maaf pada Tuanku, rakyat Johor atas apa yang berlaku dan berharap kekecohan selama beberapa hari ini akan reda.
Saya sudah tidak menggunakan papan tanda berkenaan.
“Saya memang tiada niat untuk menjadikan isu ini suatu perkara yang besar,” katanya kepada portal itu.
Bagaimanapun, beliau yang enggan dinamakan berkata akan tetap meneruskan perniagaannya itu.
Pemilik kedai dobi itu juga berkata sepanjang melaksanakan pematuhan berkenaan, beberapa agensi kerajaan turut hadir ke premisnya bagi memeriksa perlaksanaan yang beliau lakukan.
Katanya, kelemahannya akan diperbaiki di masa hadapan agar tidak lagi menyinggung perasaan Sultan Johor dan rakyat negeri berkenaan.
Terdahulu Sultan Ibrahim mengarahkan kedai dobi itu supaya menghentikan operasi atau berdepan dengan risiko ditutup.
Titah baginda, tindakan pemilik kedai dobi itu tidak boleh diterima oleh sebuah negeri yang diduduki pelbagai kaum dan agama yang mengamalkan kesederhanaan dan toleransi.
Kontroversi itu tercetus selepas tersebarnya sekeping gambar yang memaparkan kedai dobi tersebut meletakkan papan tanda 'Untuk pelanggan Muslim sahaja, mesra Muslim'.
Polisi ‘Muslim sahaja’ yang diamalkan di kedai dobi layan diri di Jalan Junid, Muar itu telah mencetuskan perdebatan antara netizen.
Sebahagiannya menyokong tindakan pemilik itu kerana khuatir basuhan pelanggan mereka bercampur dengan sebarang unsur najis, namun sebahagian pula menentangnya dengan menyifatkan ia tindakan ekstrim.
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan polisi kedai dobi itu sebagai amalan agama yang sempit.
Mohd Asri berkata, amalan itu bertentangan dengan Islam yang memudahkan penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya.
Demikianlah Artikel Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor
Sekianlah artikel Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemilik dobi 'mesra Muslim' akur titah Sultan Johor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pemilik-dobi-mesra-muslim-akur-titah.html