Judul : PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah
link : PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah
PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyaring calon-calonnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangkang mempunyai saringan dalamannya, namun akur kepada permintaan SPRM jika agensi berkenaan mahu pihaknya berbuat demikian.
"SPRM siapa? Kenapa mereka yang kena saring? Kita yang akan buat saringan," katanya di sidang media PH di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.
Respon itu menyusul selepas SPRM pada semalam mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU14 supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada agensi berkenaan untuk disaring.
Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian, tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.
Dalam pada itu, Wan Azizah juga mempertikai ketelusan SPRM yang dilihat sering berat sebelah apabila melakukan pendakwaan terhadap pembangkang berbanding pihak kerajaan.
"Kita ada saringan dalam tersendiri. Jika mereka mahu saringan sudah pasti kita pun lakukan. Tetapi kita tahu SPRM, dari pengalaman lepas-lepas, kita buat aduan namun tindakan kepada pembangkang cepat. Tetapi disebelah sana, ada pendakwaan terpilih," dakwanya.
Dzulkifli pada semalam menyatakan hanya Barisan Nasional (BN) yang selalu menghantar nama-nama pemimpin dan bakal-bakal calonnya untuk disaring oleh SPRM manakala parti-parti pembangkang tidak pernah melakukannya.
Beliau memberi jaminan hasil setiap saringan dirahsiakan dan terserah kepada parti-parti politik untuk mengambil tindakan lanjut setelah menerima keputusannya.
Demikianlah Artikel PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah
Sekianlah artikel PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH tak setuju SPRM saring calon PRU14 - Wan Azizah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/ph-tak-setuju-sprm-saring-calon-pru14.html