Judul : PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
link : PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih dengan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini yang mengorbankan kira-kira 24 nyawa setakat ini.
Menerusi Twitter, Najib mendoakan semoga roh mangsa yang terkorban dirahmati Allah.
"Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," katanya.
Tragedi yang berlaku sekitar jam 5.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz yang menempatkan sebahagian pelajar dan ustaz yang sedang tidur.
Lebih 20 lagi pelajar sempat menyelamatkan diri dengan terjun menerusi tingkap di tingkat dua, manakala mangsa lain yang gagal selamatkan diri dipercayai ditemui berdekatan pintu keluar.
Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Demikianlah Artikel PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Sekianlah artikel PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM sedih tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pm-sedih-tragedi-pusat-tahfiz-darul.html