Judul : Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump
link : Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump
Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump
Koh Jun LiKetika sesi bergambar selepas sidang media di Petaling Jaya pagi tadi, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mengenakan rambut palsu berwarna perang dan kot seperti Trump.
Sim dan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad turut memakai tali leher merah yang sinonim dengan pemimpin kontroversi itu.
Bersama-sama Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin, mereka mengangkat plakad berwarna biru tertulis "Trump: Make America Great Again".
Sim dan Dzulkefly turut mengangkat plakad yang tertulis "Thank you Mr Najib. xoxo Donald". Xoxo adalah singkatan yang biasa digunakan bermaksud 'pelukan dan ciuman'.
Pembangkang sebelum ini mengkritik kenyataan Najib di Washington yang negara akan membantu mengukuhkan ekonomi AS.
Mereka berkata Najib sepatutnya menumpukan perhatian terhadap ekonomi negara dahulu, bukannya kuasa dunia itu.
Ketika sidang media, Pua membacakan kenyataan bersama HARAPAN yang menggesa sidang parlimen tergempar diadakan bagi membahaskan kenyataan Najib terhadap Trump.
"Video pertemuan itu yang tular ke seluruh dunia menunjukkan seorang perdana menteri yang terdesak sedang membayar ufti kepada tuannya.
"Najib perlu menjelaskan kepada 30 juta rakyat Malaysia, mengapa beliau berkelakuan seperti pemimpin sebuah negara naungan kepada 'imperial' hanya beberapa hari selepas kita menyambut ulang tahun ke-60 kemerdekaan," katanya
Demikianlah Artikel Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump
Sekianlah artikel Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sindir lawatan Najib, pemimpin HARAPAN ajuk Trump dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/sindir-lawatan-najib-pemimpin-harapan.html