Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru

Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru
link : Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru

Baca juga


Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan 42 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 9 November ini, lapor Bernama.
 
Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan, pertukaran itu antara lain melibatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman yang baru.
 
Tempat beliau diambil alih Datuk Amar Singh Ishar Singh yang sebelum ini merupakan ketua polis Kuala Lumpur.
 
Kenyataan itu turut memaklumkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim akan dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis (CP) dengan memegang jawatan ketua polis Kuala Lumpur yang baharu.
 
Jawatan Mazlan pula akan disandang oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob.
 
Sementara itu, antara yang turut bertukar Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Fatimah Abd Hamid ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik).
 
Fatimah menggantikan DCP Omar Mammah yang ditukarkan ke Kontinjen Perak sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri.
 
Timbalan Pengarah Jenayah Sindiket, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
 
Jawatan Saiful diambil alih oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan.
 
Menurut kenyataan itu, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali bertukar jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur.
 
Jawatan Muhammed Hasbullah akan digantikan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
 
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin dan Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ulu Kinta, Perak, ACP Abdul Ghani Mohamad Ji pula bertukar jawatan.
 
 


Demikianlah Artikel Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru

Sekianlah artikel Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amar Singh Pengarah JSJK Bukit Aman yang baru dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/amar-singh-pengarah-jsjk-bukit-aman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :