Judul : Beza gaji pekerja swasta, kerajaan
link : Beza gaji pekerja swasta, kerajaan
Beza gaji pekerja swasta, kerajaan
Ong Boon TeckGambar hiasan.
Demikian penjelasan diberikan oleh Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta sektor swasta sekurang-kurangnya menyamakan skim gaji pekerja mereka dengan sektor perkhidmatan awam.
"Modul perniagaan dan pendapatan yang diperoleh pihak syarikat swasta jauh beza dengan sektor perkhidmatan awam. Kedua-dua ini tidak boleh melakukan perbandingan sedemikian.
"Skim gaji yang ditentukan oleh sesebuah syarikat adalah mengikut kemampuan majikan itu sendiri," kata Shamsuddin ketika memberitahu China Press.
Menurutnya, beliau tidak setuju kenyataan Ahmad Zahid bahawa skim gaji yang diberikan oleh pihak majikan boleh memalukan pekerja mereka sendiri.
"Gaji diberikan majikan adalah berdasarkan keuntungan diperoleh mereka. Selain itu, jumlah gaji pekerja turut bergantung kepada faktor prestasi perniagaan.
"Sebaliknya, pihak kerajaan tidak perlu memikirkan masalah untung atau rugi. Kerajaan boleh dikatakan amat senang mendapatkan wang, contohnya dengan menambahkan cukai bagi menampung jumlah kenaikan gaji kakitangan awam," katanya.
Beliau berpendapat, skim gaji dalam sektor swasta tidak sepatutnya menjadi isu kerana majikan sedia menaikkan gaji pekerja sekiranya syarikat mencatatkan keuntungan memberangsangkan.
Himpunan anti-kleptokrasi tetap berlangsung
Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi tetap akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober seperti dirancang.
Menurut Setiausaha Biro Antarabangsa Pemuda DAP, Howard Lee, perhimpunan itu tidak perlu meminta permohonan daripada pihak polis, sama ada diluluskan atau tidak.
"Kami sudah beritahu kepada pihak polis dan mematuhi tempoh diberikan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya seperti dilaporkan dalam Sin Chew Daily.
Pakatan Harapan menyasarkan 100,000 orang menyertai himpunan tersebut, yang dijangka turut dihadiri semua pemimpin utama pakatan pembangkang itu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Perhimpunan itu dijadualkan bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran 26 finalis pertandingan melukis komik yang dilancarkan sebulan lalu.
Howard berkata, Majlis Peguam Negara dan Bersih 2.0 telah menyatakan persetujuan menghadiri perhimpunan tersebut.
"Pihak penganjur telah mengundang 15 badan bukan kerajaan (NGO) hadir ke perhimpunan berkenaan," katanya.
Kit Siang sedia derma RM1,000 setiap seorang
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjanji menderma RM1,000 kepada setiap seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sekiranya dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membayar RM1 bilion kepada beliau adalah benar.
“Jika Mahathir beri saya rasuah RM1 bilion, saya akan beri sejuta rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM1,200 sebulan sebanyak RM1,000 setiap seorang,” kata pemimpin veteran DAP itu seperti ditulis dalam Sin Chew Daily.
Kit Siang sebelum ini didakwa dalam satu portal telah menerima RM1 bilion daripada Pengerusi Bersatu itu bagi membolehkannya menyertai Pakatan Harapan, dan meletakkan Mahathir sebagai pengerusi.
Selain itu, rasuah itu juga didakwa bertujuan meminta Kit Siang daripada terus bersuara tentang skandal ‘forex’ Bank Negara Malaysia dan memberikan kerusi selamat untuk ditandingi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki kata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam hal sumbangan dana politik, dan Akta SPRM tidak melibatkan kesalahan politik wang.
“Ini kenyataan mengejutkan. Ia hanya alasan untuk menutup kegagalan SPRM bertindak ke atas skandal 'derma' RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Demikianlah Artikel Beza gaji pekerja swasta, kerajaan
Sekianlah artikel Beza gaji pekerja swasta, kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Beza gaji pekerja swasta, kerajaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/beza-gaji-pekerja-swasta-kerajaan.html