Judul : Tumpu isu dadah, bukan pesta arak
link : Tumpu isu dadah, bukan pesta arak
Tumpu isu dadah, bukan pesta arak
Wartawan Sinar HarianBekas perdana menteri itu berkata, jika orang bukan Islam yang tidak diharamkan minum alkohol hendak minum bir sampai pengsan, itu adalah masalah mereka.
“Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta ketika mabuk.
“Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid dan guru sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah,” katanya dalam tulisan di blognya, semalam.
Menurutnya, penagihan dadah berlaku disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini.
“Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah. Tetapi di sekolah, selain daripada mengajar ibadat tertentu untuk pahala, tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam.
“Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian daripada tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara dilarang akan berkurangan,” katanya.
Mengulas mengenai Oktober Fest, katanya, perayaan minum bir pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.
“Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka daripada minum bir dalam Oktober Fest mereka?
“Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum bir dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik daripada pecah botol bir,” katanya.
Demikianlah Artikel Tumpu isu dadah, bukan pesta arak
Sekianlah artikel Tumpu isu dadah, bukan pesta arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tumpu isu dadah, bukan pesta arak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/tumpu-isu-dadah-bukan-pesta-arak.html