Judul : Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM
link : Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM
Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM
Anina meminta Syed Saddiq untuk tidak melabel semua yang tidak bersetuju dengan partinya sebagai 'pemakan dedak' tanpa bukti.
PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi PPBM Anina Saadudin menepis dakwaan mengatakan bekas pemimpin yang meninggalkan parti itu ada menerima tawaran wang seperti mana didakwa Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman.
Anina menggesa Syed Saddiq menunjukkan bukti menyokong dakwaan itu, dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasatan boleh dilakukan.
“Saya cabar Syed Saddiq tunjukkan hitam putih bahawa ahli yang keluar parti terima dedak dan tunjukkan bukti. Bukannya buat sidang media tapi laporan kepada SPRM tidak buat,” katanya kepada FMT.
Beliau mengingatkan Syed Saddiq supaya bercakap beralaskan fakta dan bukan didorong emosi semata-mata.
“Jangan kerana saya keluar parti dan tidak setuju dengan parti dan tak kira sesiapa yang keluar parti maka mereka dilabel sebagai pemakan dedak,” katanya.
Semalam, Syed Saddiq pada satu sidang media mendakwa ada “tangan ghaib” cuba merasuah beliau untuk keluar parti dan tawaran sama turut ditawarkan kepada pemimpin lain yang sudah meninggalkan parti itu.
Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menter besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain Anina, bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman juga menafikan ada menerima tawaran wang.
Anina dan Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan budaya atau amalan dalam parti itu. Sebelum itu, seorang lagi pengasas bersama PPBM,
Kamarulazman Habibul Rahman meninggalkan parti itu pada April lalu dan mendakwa pemimpin parti mengamalkan kronisme.
Dalam laporan Julai lalu, Anina sebelum ini pernah berdepan dakwaan menerima RM7 juta daripada pemimpin parti pemerintah untuk kembali menyertai Umno.
“Syed Saddiq agak ketinggalan dalam menyuarakan isu dedak ini. Tiga bulan yang lalu saya telah membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia, SPRM dan lembaga disiplin parti. Hari ini, Datuk Hamidah Osman juga mengambil tindakan yang sama dengan melaporkan dakwaan tersebut di SPRM.”
Demikianlah Artikel Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM
Sekianlah artikel Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anina: Jangan cakap kosong, tunjuk bukti ditawar ‘dedak’ keluar PPBM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/anina-jangan-cakap-kosong-tunjuk-bukti.html