Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis

Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis
link : Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis

Baca juga


Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis

 
Mereka mahu kerajaan membangunkan pendidikan bermutu dan bukannya politik di sekolah.


maria-chin


PETALING JAYA: Ahli politik dan aktivis menghentam Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menyalahgunakan kuasa mempromosikan Umno di sekolah daripada membantu kerajaan membangunkan pendidikan bermutu.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata Tengku Adnan tidak patut mencampur adukkan politik dan fungsi kerajaan.

“Itu salah guna kuasa. Beliau ialah kerajaan memerintah dan tidak sepatutnya mencampur adukkan kedua-duanya.

“Rakyat mengundi kerajaan untuk mentadbir negara bagi pihak mereka dan bukannya menyalahgunakan kuasa untuk merekrut murid-murid. Itu sudah melampaui batas,” katanya.

Maria mengulas laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.

Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.

Menurut laporan itu lagi, sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.

Tengku Adnan dalam ucapannya menggesa para guru menyertai Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup Umno!”.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Ambiga Sreevivasan tidak boleh menerima Tengku Adnan membawa politik ke sekolah.

“Kanak-kanak tidak boleh diheret ke dalam politik kepartian di sekolah. Jelas sekali ini tanda-tanda Umno terdesak.”

Bagaimana pula prestasi murid?

Wakil rakyat DAP Charles Santiago berkata kerajaan sepatutnya membantu pembelajaran murid dan bukannya menyelamatkan Umno di sekolah.

“Ini salah sama sekali. Pendidikan sepatutnya bebas daripada sistem kerajaan.

“Peranan kerajaan ialah memastikan murid-murid belajar dan mendapat ilmu. Para guru sepatutnya menyampaikan ilmu, tetapi ini lain pula yang berlaku,” katanya.

Ahli Parlimen Klang itu menambah para murid seolah diasuh hanya ada satu parti politik di dunia dan parti itu ialah Umno. “Pelindung dan penyelamat mereka. Umno tak mungkin berbuat salah.”

Beliau mahu pengetua sekolah itu, Mohd Amin Hamzah, ditegur kementerian pendidikan kerana menyokong peranan Umno di sekolah.

“Beliau rasa tiada masalah. Itulah masalahnya,” katanya.

Santiago merujuk kepada laporan Malaysiakini di mana Amin dipetik sebagai berkata sekolahnya tidak melanggar peraturan. Beliau menjelaskan tema itu ditetapkan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Santiago berkata dalam lawatan ke sekolah di Selangor, pengetua tidak akan menyambut ahli politik tetapi oleh ahli lembaga persatuan ibu bapa dan guru.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan yang tidak lagi mampu membezakan apa yang betul dan salah tidak lagi layak memerintah.

Beliau berkata kejadian itu bukti terbaru kerajaan persekutuan sudah menjadi “gabungan muflis moral”, dan menambah bekas perdana menteri sama sekali tidak akan meluluskan atau membenarkan acara seperti itu.

Beliau berkata acara sekolah itu hanya mengagungkan Umno tanpa mengiktiraf sumbangan parti komponen BN lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti di Malaysia Timur.

Beliau berkata Tengku Adnan juga terpaksa “merayu” para guru menyertai Umno. Ini menunjukkan Umno tiada lagi sokongan majoriti Melayu dan penjawat awam, tambahnya.

“Masa depan perkhidmatan awam tidak bergantung kepada nasib gabungan Umno-BN, yang sedang menjunam.”



Demikianlah Artikel Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis

Sekianlah artikel Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/promosi-umno-di-sekolah-tanda-terdesak.html

Subscribe to receive free email updates: