Judul : PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB
link : PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB
PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin Kapten Izham Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan meneruskan usaha memulihkan syarikat penerbangan itu.
Perdana Menteri menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, malam tadi berkata MAB ialah sebuah organisasi yang lebih daripada sekadar syarikat penerbangan kerana ia membawa nama, imej dan jenama negara di angkasa dan seluruh pelusuk dunia.
“Selamat maju jaya buat Kapten Izham Ismail, saya yakin beliau akan teruskan usaha pulihkan MAS agar kembali berdaya saing, kukuh dan menguntungkan.
“MAB lebih daripada sekadar syarikat penerbangan, ia bawa nama, imej & jenama #Negaraku di angkasa raya dan ke seluruh pelusuk dunia. Kebanggaan kita,” tulis Najib.
Terdahulu MAB dalam satu kenyataan semalam berkata Izham, yang pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember 2017, selepas ketiadaan Peter Bellew, yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran.
Sementara Bellew melahirkan keyakinannya terhadap Kapten Izham Ismail yang dilantik sebagai GCEO dan pengarah eksekutif syarikat itu.
Bellew, dalam catatan di laman Instagram beliau berkata Izham akan menjadi pemimpin unggul bagi Malaysia Airlines.
Demikianlah Artikel PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB
Sekianlah artikel PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM yakin Kapten Izham mampu pulihkan MAB dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/pm-yakin-kapten-izham-mampu-pulihkan-mab.html