Judul : Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis
link : Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis
Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis
Oleh Nur Atiqah Samad
ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau menghina keseluruhan masyarakat Bugis ketika berucap di himpunan Anti-Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu.
Beliau yang mempertahankan tindakannya itu berkata, ucapan berkenaan hanya ditujukan kepada individu yang menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat.
“Saya tak hina orang Bugis, orang Bugis ada yang baik, tapi penyangak pun ada juga.
“Salah ke (cakap begitu)? Takkan orang Bugis nak kata kalangan orang Bugis tak ada penyangak? Ada,” kata Dr Mahathir dalam ucapan di majlis rapat umum di Dataran Stargate di Alor Setar malam tadi.
Pada himpunan Anti-Najib Sabtu lalu, Dr Mahathir menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkemungkinan berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Susulan itu pada Rabu lalu, seramai 200 orang berketurunan Bugis berhimpun di perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana menuntut Dr Mahathir memohon maaf ekoran didakwa menghina bangsa mereka.
Malah, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada polis sekiranya Dr Mahathir gagal berbuat demikian.
Demikianlah Artikel Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis
Sekianlah artikel Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M nafi hina seluruh keturunan Bugis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/10/tun-m-nafi-hina-seluruh-keturunan-bugis.html