Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan

Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan
link : Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan

Baca juga


Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan

 
 


KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor mahu satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya menghina bangsa Bugis.

Gesaan itu yang dikeluarkan hari ini oleh Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, setelah menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“DYMM Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November (hari ini) memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

“Kenyataan itu yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini, hari ini.

Dalam ucapan itu, Dr. Mahathir antara lain menyebut, “dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia, pergi baliklah ke Bugis”.

Menurut Hanafisah, berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Dr. Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Dengan itu, kata beliau, Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amat keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.

“Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis adalah pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahakan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara,” katanya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri yang menerajui pemerintahan negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhat-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui mengenai fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

Ujar beliau, DYMM Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini.

“Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang bekaitan wajar diambil ke atas Tun Dr. Mahathir,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan

Sekianlah artikel Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor Mahu Tun M Dikenakan Tindakan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/ahli-ahli-dewan-di-raja-selangor-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: