Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’

Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’
link : Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’

Baca juga


Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’

 
Bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berkata, PAS tidak rugi apabila nama Ambiga disebut kerana beliau boleh membantu mencari kebenaran dan keadilan untuk parti itu.


Subky-Latif-Ambiga-Sreenevasan-bendera-pas

PETALING JAYA: Seorang veteran PAS menasihatkan partinya tidak perlu takut atau berprasangka terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan ialah sumber dalam dakwaan pemimpin tertinggi parti Islam itu menerima RM90 juta daripada perdana menteri.

Bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berkata, semua pihak termasuk orang PAS perlu mendiamkan diri serta memberi masa kepada mahkamah mengendalikan saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“Saya kira tidak bijak orang di luar mahkamah campur tangan dalam urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya.

“PAS tidak ada sebarang kerugian apabila nama Ambiga disebut. Kiranya betul dia jadi sumber/punca laporan Sarawak Report itu, maka kita bertambah dekat dengan pihak yang memulakan perkara itu.

“Jika PAS sabar dan diikuti dengan solat hajat, Ambiga boleh jadi kawan dalam mencari kebenaran dan keadilan semasa menghadapi saman yang difailkannya itu,” tulis Subky dalam laman berita rasmi PAS, Harakahdaily semalam.

Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Ahad lalu, media melaporkan Clare dalam tuntutan balas terhadap saman presiden PAS itu mendakwa beliau dan Ambiga ada bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

Clare dalam pembelaannya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang daripada dana disyaki 1MDB.

Subky yang merupakan antara pengasas akhbar parti Harakah berkata, peguam kedua-dua pihak akan meminta Ambiga mendedahkan sumbernya bagi membuktikan dakwaan itu.

Katanya, jika bekas presiden Majlis Peguam itu menafikannya, maka editor Sarawak Report yang perlu menanggung akibatnya.

“PAS tidak perlu susah dengan Ambiga. Soal utama bagi PAS sekarang ialah mahu membuktikan Sarawak Report memfitnahnya dan bagaimana dia dapat cerita itu?

“Kita pula hendak tahu sumbernya. Sekutu-sekutu PAS sesama Pakatan Rakyat dulukah? Atau DAP kah. Atau Umno sendiri? Atau mungkin orang PAS sendiri khususnya yang lari parti itu. Orang PAS yang setianya tidak berbelah bagi kepada jemaah tidak akan khianat pada partinya.

“Dan mungkin juga yang kencang membalun Ambiga atas sebutan di mahkamah England itu yang memberitahu demikian kepada Ambiga dan gelabah kalau Ambiga dengan bukti cukup memberitahu melalui saluran betul dialah sumbernya.

“Biarkanlah mereka menyelesaikan masalah mereka. PAS tiada rugi apa-apa, sebaliknya dapat menonton apa hendak jadi atas perkara itu.”

Selasa lalu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilaporkan menggesa Ambiga memohon maaf kepada PAS selepas Clare mendakwa beliau ialah sumber dakwaan pemimpin PAS menerima dana daripada perdana menteri.

Katanya, Ambiga tidak boleh berdiam diri kerana beliau dikenali sebagai aktivis yang memperjuangkan integriti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, Ambiga perlu membuat penjelasan kerana dakwaan itu merosakkan kewibawaannya.

“Di mana sumber Ambiga? Adakah ia suatu andaian atau pun ada sumber yang tepat?” soal ahli Parlimen Kuala Nerus itu.



Demikianlah Artikel Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’

Sekianlah artikel Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ambiga boleh jadi kawan, bukti PAS difitnah terima RM90 juta’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/ambiga-boleh-jadi-kawan-bukti-pas.html

Subscribe to receive free email updates: