Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana

Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana
link : Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana

Baca juga


Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana


 
Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menjangkakan pelbagai projek dan program yang dijanjikan dalam Bajet 2018 tidak akan dilaksanakan kerana masalah kewangan.

Menurut pemilik blog The Scribe berkenaan, kerajaan dilihat menutup mata terhadap realiti ekonomi yang meruncing serta jangka panjang yang semakin rumit dihadapi negara dan rakyat Malaysia.

A Kadir Jasin

“Walaupun Najib telah menjanjikan peruntukan sebanyak RM280.25 bilion, jumlah itu mungkin dikurangkan jika kutipan hasil tidak mencapai matlamat,” tegas Tokoh Wartawan Negara itu.

Sebaliknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ujarnya, begitu teruja dengan penilaian ekonomi negara oleh badan-badan penarafan antarabangsa.

“Agensi-agensi ini sudah wujud sejak dulu lagi, tetapi tidak dihiraukan sangat oleh perdana menteri-perdana menteri sebelum ini,” jelasnya dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini.

Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar News Strait Times Sdn Bhd itu berkata, Najib dalam kenyataan terbaru ketika melawat Kedah memberitahu Bajet 2018 akan membawa Malaysia ke kemuncak.

“Tidak salah kita berusaha untuk mendapat penarafan tinggi. Soalnya, kemuncak mana yang hendak kita capai kerana pada ketika kita bercakap mengenai ekonomi mampan dan negara berpendapatan tinggi, kita dikejutkan oleh berita pasar raya besar Giant akan menutup lima cawangan bulan ini,” bidasnya.

Turut menggambarkan realiti kemeruduman ekonomi mutakhir ini, A Kadir menyenaraikan keputusan pengusaha butik terkemuka Bumiputera, Hajaba yang terpaksa menutup semua cawangan di pusat beli-belah berprestij di sekitar Lembah Kelang serta penutupan Kedai Rakyat 1Malaysia.

“Hakikatnya, kemerosotan ekonomi, pengangguran, kejatuhan kadar tukaran ringgit dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) telah mencetuskan kesan buruk kepada peniaga dan pengguna,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang situasi ekonomi negara yang meruncing, beliau mengibaratkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggugurkan “sebutir lagi bom” pada 1 November lalu.

“Beliau (Johari) membayangkan kerajaan mungkin tidak akan membayar pencen kepada kakitangan awam baharu. Sebaliknya mereka terpaksa mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti pekerja sektor swasta,” jelasnya lagi.



Demikianlah Artikel Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana

Sekianlah artikel Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banyak janji Bajet 2018 dijangka tidak dilaksana dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/banyak-janji-bajet-2018-dijangka-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: