Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM

Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM
link : Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM

Baca juga


Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM

 
Ketua Pemuda PPBM berkata beliau mahu membantu proses siasatan JPPM sebaik mungkin.


Syed-Saddiq_ros_armanda_600


PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan disiasat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) selepas nama rasmi Pemuda PPBM, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), mungkin melanggar undang-undang.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata beliau menerima surat daripada JPPM berkenaan siasatan itu pada 7 November lepas, dan menambah beliau mahu membantu proses siasatan itu sebaik mungkin.

“JPPM mengeluarkan kenyataan mendakwa ‘Armada’ tidak wujud dan boleh menyebabkan PPBM diharamkan.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kami sudah mengikut prosedur dan terus berhubungan dengan pihak JPPM berkenaan isu pindaan perlembagaan dan prosedur yang berkait rapat dengan parti,” kata Syed Saddiq dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu ahli-ahli Pemuda PPBM supaya tabah kerana “pihak sebelah sana” akan cuba melemahkan semangat perjuangan mereka, seperti kemungkinan parti atau sayap itu diharamkan.

Terdahulu, Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

Justeru, kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga ini JPPM belum meluluskan pindaan perlembagaan PPBM, yang menggunakan Armada untuk jawatankuasa Pemuda PPBM.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu tersebut.

Surayati berkata JPPM sebelum ini menerima aduan daripada sebilangan ahli PPBM termasuk ahli Pemuda yang dipecat serta aduan daripada ahli lain yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini belum dilaksanakan.

Ditubuhkan pada 7 September 2016, PPBM diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin veteran Umno selepas mereka meninggalkan atau dipecat Umno, seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PPBM menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, bersama-sama DAP, PKR dan parti serpihan PAS, Amanah.



Demikianlah Artikel Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM

Sekianlah artikel Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Armada tidak wujud, Syed Saddiq akan disiasat JPPM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/armada-tidak-wujud-syed-saddiq-akan.html

Subscribe to receive free email updates: