PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63

PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63
link : PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63

Baca juga


PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63

 
Pemangku Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christopher Mandut berkata Shafie tidak tahu tentang Perjanjian Malaysia 1963 dan mengelirukan orang ramai dengan slogan 'Sabah untuk orang Sabah'.


PBS_Shafie-Apdal_600


KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menuduh Parti Warisan Sabah (Warisan) hipokrit berkenaan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pemangku Ketua Pemuda Christopher Mandut terhibur melihat sesetengah pemimpin Warisan beria-ria mengenai menuntut semula hak Sabah bawah MA63 tetapi pemimpin tertinggi parti itu berdiam diri.

“Presiden Warisan Shafie Apdal langsung tidak menyebut Perjanjian Malaysia dalam ucapan di Parlimen baru-baru ini.

“Sepanjang 17 minit itu, sebahagian besar isi kandungan ucapannya untuk membela diri dan menyalahgunakan kekebalan Parlimen untuk memfitnah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

“Mengapa beliau langsung tidak sebut Perjanjian Malaysia? Apa beliau takut pada Dr Mahathir Mohamad yang kita semua tahu bukan kawan Sabah dan hak Sabah?”

Mandut bersimpati dengan pemimpin Warisan lain yang bekerja keras untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai perjanjian itu dan hak Sabah.

Beliau berkata malang sekali mereka yang bekerja keras kini sedar ketua mereka tidak peduli usaha yang diberikan.

Beliau menambah tindakan Naib Presiden Warisan Junz Wong memfailkan usul di Dewan Undangan Negeri Sabah untuk membentangkan pemulihan hak istimewa negeri bawah MA63 tidak mencerminkan pendirian Shafie dalam perkara itu.

“Mungkin Shafie sebenarnya tidak tahu tentang MA63 dan hanya menggunakannya untuk mengelirukan orang dengan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’.”

Sebaliknya, Mandut berkata PBS sangat konsisten mengenai hak Sabah sejak penubuhannya.

Berbanding Shafie, Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili konsisten bercakap untuk Sabah dan rakyat Sabah di Parlimen walaupun berada dalam Barisan Nasional.

“PBS tetap dalam perjuangan kami, walau siapa pun perdana menteri kerana kita tidak terhutang budi kepada sesiapa pun.

“Saya tidak menuduh Shafie apa apa kecuali tidak ikhlas dalam perjuangan politiknya sekarang ini,” katanya.



Demikianlah Artikel PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63

Sekianlah artikel PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PBS: Shafie tidak ikhlas tentang MA63 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/pbs-shafie-tidak-ikhlas-tentang-ma63.html

Subscribe to receive free email updates: