Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik

Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik
link : Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik

Baca juga


Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik



KALAU namanya memang tahi politik, dibasuh-basuh bersih pun ke kubang politik juga tempat terjunnya. Apabila hujan lebat dan banjir, tambah seronok si tahi politik ini bermain.

Hujan lebat dan ribut kencang melanda bahagian utara Semenanjung Malaysia semalam, kesan tempias Taufan Damrey yang memukul Vietnam. Jabatan Kaji Cuaca malam tadi mengeluarkan amaran berjaga-jaga, dengan amaran merah kepada penduduk di kawasan Pulau Pinang dan beberapa bahagian di Kedah.

Sejak malam tadi, hanya satu perlima bahagian Pulau Pinang yang tidak terjejas dengan ribut manakala selebihnya, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng, "80 peratus Pulau Pinang kena."

Di beberapa kawasan, air naik sampai empat meter melepasi paras bumbung. Foto-foto yang tersebar dan dikongsikan oleh saksi mata di media sosial menunjukkan kawasan di sekitar Komtar yang lazimnya jadi tumpuan pelancong hujung minggu hampir seluruhnya dinaiki air.

Banyak kereta tenggelam, tidak sempat dipindahkan kerana air dikatakan naik deras, dan air naik ketika kebanyakan orang sedang tidur. Di lebih kurang 100 kawasan di seluruh Pulau Pinang, pokok tumbang tumbang akibat ribut dan di beberapa tempat di kawasan pulau ada tanah runtuh.

Lim menyifatkan banjir yang datang bersama hujan lebat dan tempias taufan ini sebagai "bencana yang tidak pernah berlaku".

Pada pukul 3.30 pagi, selepas memahami bahawa bencana ini luar biasa dan di luar upaya kerajaan negeri untuk menanganinya, Lim menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon kerahan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Lim merakamkan kenyataan video melalui Facebook meminta rakyat Pulau Pinang bersabar, bantuan akan tiba. Suaranya sebak, matanya berkaca.

Tetapi bagi tahi politik, lelaki menahan emosi barangkali tanda kelemahan yang dilihat sebagai ruang untuk diserang, dan mereka memang sekarang menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada derita rakyat menanggung bencana alam, tahi politik bertenggek menabur kotor.

Mereka seronok agaknya — dan lupa — rakyat yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang menyesakkan kini tambah derita dek bencana.

Ada belanja luar jangka yang kini perlu diambil kira. Ada harta benda rosak yang perlu dibaiki atau diganti, dan maknanya ini makan duit lagi.

Tetapi bagi tahi politik, apa mereka peduli?

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Setiap ada peluang menyerang, tahi politik akan turun ke padang siber bergelumang.
Tetapi dalam kesusahan dan bencana seperti inilah, Tuhan menguji kemanusiaan, dan kepimpinan, serta kebijaksanaan dan akal budi.

Ini bukan masa untuk bergelumang dengan politik.

Ini masa untuk melupakan apa saja perbezaan dan bersama-sama, bahu-membahu membantu mereka yang memerlukan.

Ini masa untuk menghulur bantuan dan meringankan beban. Ini bukan masa untuk main politik.



Demikianlah Artikel Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik

Sekianlah artikel Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir Pulau Pinang: Ini bukan masa main politik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/banjir-pulau-pinang-ini-bukan-masa-main.html

Subscribe to receive free email updates: