Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA

Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA
link : Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA

Baca juga


Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA

 
Perdana menteri merujuk ahli politik pembangkang seperti Teresa Kok, Chong Eng dan Teo Kok Seong yang mendapat manfaat daripada pendidikan tinggi berkualiti disediakan parti komponen BN.


najib-mca-11


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa sesetengah pemimpin pembangkang pernah melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi yang ditubuh serta dibiayai MCA.

Perdana menteri berkata, ahli politik itu menjadi “pandai” disebabkan jasa MCA dan BN menyediakan pendidikan tinggi berkualiti kepada rakyat.

“(Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Wee Ka Siong beritahu saya, dalam Utar dan TAR UC ada 50,000 pelajar.

“Dalam sejarah mereka mempunyai 210,000 pelajar telah jadi orang berkelulusan kerana jasa MCA dan kerajaan BN,” katanya merujuk institusi pendidikan milik MCA iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

Beliau berkata, parti pemerintah perlu mengingatkan pemimpin politik itu mengenai perkara berkenaan kerana pembangkang sentiasa menyerang kerajaan.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seoang dan exco Pulau Pinangn yang juga Adun Bagan Lalang, Chong Eng – semuanya daripada DAP ialah antara bekas pelajar di institusi dibiayai MCA.

“Termasuk Teresa Kok, ahli Parlimen Rasah, ramai lagi orang pembangkang yang jadi pandai dan ada kelulusan kerana MCA dan BN,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA hari ini.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan FMT di akaun media sosial Kok dan Chong menunjukkan mereka bukan alumni institusi pendidikan dibiayai MCA.

Menurut blog Kok, beliau pernah menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), manakala Chong ialah lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Teo ketika dihubungi mengesahkan beliau ialah pemegang diploma lanjutan dari Kolej TAR dan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

“Mereka (BN) sepatutnya bangga dengan kami, pembangkang kerana kami juga rakyat Malaysia,” katanya yang mempersoalkan niat Najib menggunakan isu pendidikan dalam ucapan politiknya.

“Pendidikan dan politik tidak patut dicampur aduk.”

Unitar ialah sebuah universiti swasta yang dinamakan sempena bapa najib dan bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak.



Demikianlah Artikel Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA

Sekianlah artikel Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Ada pemimpin DAP belajar di institusi dibiaya MCA dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/najib-ada-pemimpin-dap-belajar-di.html

Subscribe to receive free email updates: