Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir

Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir
link : Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir

Baca juga


Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir

 
Ketua menteri Pulau Pinang mengajak rakyat seluruh negara menyertai "Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit" pada 11 dan 12 November ini.


guan-eng

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menyeru tenaga kerja sukarela dari seluruh negara untuk membantu membersihkan kesan banjir secara gotong-royong di seluruh negeri itu.

Acara yang dinamakan “Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit” akan diadakan pada 11 dan 12 November ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan menerajui usaha itu di kawasan masing-masing yang terjejas.

“Kami menyeru semua rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia turun ke kawasan terjejas bersama kami untuk membantu Pulau Pinang pulih sedia kala secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Empat ahli exco negeri dipilih untuk mengetuai acara pada hujung minggu itu. Mereka ialah Chong Eng yang akan ditempatkan di Seberang Perai dan Danny Law Heng Kiang di pulau pada Sabtu.

Manakala pada Ahad pula, Dr Afif Bahardin akan ditempatkan di Seberang Perai dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon di pulau.

Lebih separuh Pulau Pinang tenggelam akibat banjir kilat yang paling teruk dalam sejarah berikutan hujan lebat selama 15 jam yang mengorbankan 7 nyawa pada hujung minggu lalu.

Lebih 6,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka.

Terdahulu, Lim mengumumkan bantuan kepada rakyat Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir.
Antara langkah yang diambil adalah memberi bantuanvRM500 kepada keluarga yang terjejas dan diskaun ke atas bil air.

Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan untuk penduduk Pulau Pinang boleh layari: http://ift.tt/2ztsITh.



Demikianlah Artikel Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir

Sekianlah artikel Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng seru sukarelawan bantu bersihkan kesan banjir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/guan-eng-seru-sukarelawan-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: