Judul : Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan
link : Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan
Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Kerajaan pusat masih memerlukan kepakaran pendakwah Zamihan Mat Zin mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Penjara Tapah, Perak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan beliau memberi ceramah di negeri itu, namun kepakaran Zamihan dalam bidang pemulihan akidah militan masih boleh digunakan.
“Dalam perkara ini Zamihan adalah salah seorang pakar pemulihan dan mengikut rekod, kejayaan pemulihan akidah yang dilaksanakan Zamihan cukup berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya lagi, Zamihan adalah aset penting dalam usaha pemulihan akidah pengganas khusus untuk mengembalikan mereka ke jalan benar.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mempersoalkan tindakan kerajaan pusat membiarkan Zamihan terus mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh walaupun beliau (Zamihan) tidak dibenarkan memberi kuliah di Selangor.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Zamihan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyemak penerbitan agama dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.
“Saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan di penjara itu," katanya.
Oktober lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar daripada penceramah kontroversi itu.
Menurut kenyataan melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, baginda memperkenankan tindakan itu melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
Demikianlah Artikel Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan
Sekianlah artikel Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan perlukan kepakaran pemulihan militan Zamihan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/kerajaan-perlukan-kepakaran-pemulihan.html