Judul : Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy
link : Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy
Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy
Bagaimana wanita berpakaian tidak mewajarkan gangguan dan rogol, kata menteri.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta masyarakat tidak prejudis terhadap golongan wanita mangsa gangguan atau rogol.
Beliau berkata masyarakat sekarang lebih gemar menyalahkan wanita berbanding pelaku jenayah itu.
“Saya masih sedih melihat ada yang prejudis dan perkara pertama dilihat mereka memberi komen bukan tentang penjenayah tetapi wanita.
“Bagaimana wanita memilih pakaian mereka bukan satu alasan untuk mereka diganggu dan dirogol.
“Kita perlu bersuara menentang pihak yang mengatakan perkara itu berlaku disebabkan wanita,” katanya di Dialog TN50: Bakat Muda Rangkaian Khazanah di Menara UEM, KL Sentral.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hadir di Dialog TN50: Bakat Muda Rangkaian Khazanah di Menara UEM, KL Sentral.
Beliau sendiri akan mempertahankan atlet wanitanya yang dikecam jika cara pakaian mereka didiskriminasi oleh mana-mana pihak.
“Saya perlu bersuara walaupun saya sendiri akan dikecam,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata setakat ini program Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah mengumpul 80,000 aspirasi.
Beliau berkata kebanyakan peserta menyuarakan aspirasi mengenai pekerjaan pada masa kini dan masa depan, kualiti kehidupan dan cabaran menggunakan pengangkutan awam.
Demikianlah Artikel Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy
Sekianlah artikel Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan prejudis terhadap wanita mangsa gangguan, rogol, kata Khairy dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/jangan-prejudis-terhadap-wanita-mangsa.html