Judul : Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB
link : Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB
Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata isu berbangkit mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina keturunan Bugis, perlu diselesaikan secara baik tanpa melalui media.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ADUN Barisan Nasional (BN) yang mempersoalkan sikap membisunya berhubung isu berkenaan.
"Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan secara baik tanpa melalui media khususnya Utusan Malaysia," kata Azmin ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan SUK di sini hari ini.
Terdahulu, ADUN BN pada tengah hari tadi mengadakan sidang media menyatakan rasa kesal dengan tindakan Speaker DUN, Hannah Yeoh yang menolak usul tergempar bagi membahaskan isu kenyataan mantan perdana menteri itu yang didakwa menghina keturunan Bugis ketika berucap di Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi, bulan lalu.
Mereka juga mempersoalkan mengapa Azmin membisu dan tidak mempertahankan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Susulan itu, BN Selangor akan menghantar satu memorandum kepada Sultan Sharafuddin esok bagi menyatakan sokongan terhadap baginda.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata, sesiapa saja boleh menghantar memorandum kerana ia amalan demokrasi.
"Takkan saya boleh halang, itu demokrasi, siapa nak hantar, hantar lah. Tapi perkara yang berbangkit antara Dr Mahathir dengan dakwaan kononnya beliau menghina masyarakat Bugis, itu boleh diselesaikan secara baik, bersopan, tanpa campur tangan media," katanya.
Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan sebilangan pemimpin yang mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
Baginda bertitah, tindakan Dr Mahathir itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.
Demikianlah Artikel Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB
Sekianlah artikel Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Bugis boleh diselesaikan tanpa campur tangan media - MB dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/isu-bugis-boleh-diselesaikan-tanpa.html