Judul : TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM
link : TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM
TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi meminta semua pihak beri peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes video dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Ahmad Zahid juga meminta agar mereka berlapang dada dan menghentikan sebarang perbuatan pembunuhan karakter terhadap Dzulkifli dan memberinya peluang untuk menjalankan tugasnya.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata, video viral di internet dan media sosial itu masih disiasat dan belum pasti kesahihannya.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Dzulkifli susulan penularan video itu, ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.
Sin Chew Daily sebelum ini pernah melaporkan, ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.
Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, satu siasatan menyeluruh telah dilakukan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Seksyen 498 Kanun Keseksaan menyebut adalah satu kesalahan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks.”
Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Demikianlah Artikel TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM
Sekianlah artikel TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TPM minta beri peluang jabatan peguam negara siasat video pegawai kanan SPRM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/tpm-minta-beri-peluang-jabatan-peguam.html