Judul : Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor
link : Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor
Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor
ANTARAPOSSIBU: Kerajaan negeri Sarawak memberi jaminan Empangan Bengoh yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kuching, "secara teknikal dan strukturnya selamat dan stabil" sekaligus menafikan laporan berita yang menyatakan empangan terbabit mengalami kebocoran.
Dalam laporan berkenaan, dua ahli PKR mendakwa empangan terbabit yang digunakan sebagai kawasan tadahan air untuk Kuching dan bandar Bau, Samarahan dan Lundu, "menunjukkan tanda kebocoran".
The Borneo Post, yang menyiarkan dakwaan ketua PKR cawangan Puncak Borneo Willie Monggin dan naib pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek menerusi portal beritanya dilaporkan diminta menurunkan laporan berkenaan lewat malam tadi.
Ketua PKR negeri Baru Bian mengkritik cubaan menutup berita itu dan berkata Adun Batu Lintang, See Chee How, boleh membawa usul tergempar di sidang Dewan Undangan Negeri bagi membincangkan kebocoran yang dilaporkan itu.
Menteri Utiliti Sarawak Dr Stephen Rundi bagaimanapun berkata pada satu sidang media bahawa "kesan air" yang dilihat dalam gambar empangan Monggin dan Tumek, yang menjadi viral di media sosial, "sebenarnya adalah binaan sambungan dan bukan retakan sebagaimana yang didakwa".
"Resapan pada sesetengah sambungan itu sememangnya dijangka dan kesan basah pada kawasan berkenaan adalah berpunca daripada resapan," kata Rundi.
Mengulangi bahawa empangan berkenaan masih selamat, Rundi berkata binaan dan reka bentuknya dibuat atas nasihat pakar empangan antarabangsa dari United Kingdom dan kontraktor pakar dari China, yang sudah membina lebih 200 empangan di seluruh dunia.
Empangan terbabit dibina oleh Naim Holdings Sdn Bhd.
"Rekaan dan binaan lanjut kemudiannya dikaji semula oleh pakar empangan yang dikenali dunia dari Australia," katanya.
Rundi bagaimanapun menimbukan keraguan apabila pada awalnya berkata penurunan paras air daripada titik tertinggi 77.6 meter kepada 65 meter adalah "mengikut prosedur operasi yang ditetapkan oleh perunding empangan".
Kemudian beliau mengakui penurunan itu adalah bagi membolehkan "kerja tampalan" pada sambungan itu.
"Penurunan paras air itu adalah dirancang dan dilepaskan menerusi pembetung dan ia bukan berpunca daripada mana-mana kerosakan atau kebocoran empangan," katanya sebelum ini.
Menurut beliau, keselamatan dan integriti empangan itu tidak dikompromi dan integriti ini "disahkan" oleh perunding empangan Halcrow Consultant dari UK menerusi pemeriksaan berkala terbaru yang dibuat bulan lalu.
Monggin dan Tumek dalam kenyataan semalam berkata, kebocoran itu memberi ancaman kepada 3,500 penduduk yang tinggal di lima perkampungan Bidayuh sepanjang hulu Sungai Kiri Sarawak.
Menurut mereka, apabila berita berkenaan tersebar sejak dua minggu lalu, penduduk mula bimbang dan tidak lena tidur".
Antara perkampungan terbabit adalah Kampung Bengoh, Danu, Semadang, Giam dan Git.
Monggin dan Tumek berkata, mereka membawa "rakan jurutera" ke empangan berkenaan pada 11 November lalu untuk nasihat pakar dan apa yang mereka lihat "adalah tanda pada permukaan empangan dan tebing kawasan yang diempang, bahawa paras air menyusut kira-kira lima kaki dari paras normal".
"Pada bahagian bawah permukaan, boleh dilihat dengan jelas kebocoran air pada dinding empangan.
"Air daripada empangan itu juga dilihat melimpah keluar daripada dua cawangan keluar di bahagian paling bawah dinding empangan.
"Kami dimaklumkan air dikeluarkan daripada empangan itu berikutan kerja pembaikan segera akan dijalankan."
Empangan bernilai RM310 juta itu, yang mula beroperasi pada hujung 2015, dibuka sepenuhnya pada Ogos tahun lalu.
Ia dibina bagi menampung bekalan air untuk Kuching dan kawasan sekitar sehingga 2030, yang mana pada masa itu jumlah populasi penduduk dijangka meningkat kepada lebih sejuta orang.
Demikianlah Artikel Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor
Sekianlah artikel Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Sarawak nafi Empangan Bengoh bocor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/kerajaan-sarawak-nafi-empangan-bengoh.html