Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat

Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat
link : Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat

Baca juga


Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W M Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kedudukan anak-beranak Lim terus kekal dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan kali ketiga, pada hari ini.
 
Lim Kit Siang mengekalkan jawatan Penasihat DAP begitu juga anaknya Lim Guan Eng terus mempertahankan jawatannya sebagai Setiausaha Agung.
 
Kit Siang dan Guan Eng sebelum ini dikritik pelbagai pihak atas sikap dominasinya dalam pimpinan parti, termasuk digesa untuk melepaskan jawatan.
 
Untuk rekod, Kit Siang mula memegang jawatan di dalam parti sejak tahun 1966 sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan, manakala Guan Eng mula bergiat dalam parti sejak tahun 1989 sebagai Ketua Pemuda DAP.
 
Gobind Singh Deo, yang memperolehi undi kedua tertinggi sebanyak 1,198 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP.
 
Dua wakil Melayu DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang dipilih secara lantikan dipilih sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan, manakala Zairil Khir Johari kekal dengan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Publisiti Kebangsaan.
 
Sementara itu, Guan Eng dalam sidang media selepas pengumuman keputusan pemilihan CEC menaruh harapan agar Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lagi mempertikai senarai jawatankuasa terbaru ini.
 
"Kita percaya dengan pemilihan ini, dan kita boleh teruskan kerja secara sah tanpa diganggu oleh RoS. 
 
"Selepas pemilihan ini, kita boleh berikan tumpuan kepada kesiapsiagaan parti untuk menghadapi PRU14, tak kira ia diadakan tahun ini atau tahun depan," ujarnya.
 
Gobind juga menyatakan pandangan yang senada dengan Guan Eng dengan menambah segala proses pemilihan ini telah mengikut syarat yang ditetapkan juruaudit bebas, Grant Thorton.
 
"Berkaitan dengan RoS, saya selaku Ketua Biro Undang-undang, saya harap mereka tidak akan memberikan apa-apa alasan berkenaan pemilihan ini.
 
"Kita telah lalui dua proses pemilihan, dan kali ini kita lalui dengan bantuan Grant Thornton dan kita ikut semua syarat RoS. 
 
"Kami harap RoS menerima keputusan ini dan membenarkan kami teruskan dengan usaha dan kerja lain, iaitu persiapan menghadapi PRU akan datang," kata Gobind.   
 
Berikut adalah senarai pemilihan CEC DAP mengikut jawatan bagi tahun 2017:
 
Pengerusi Kebangsaan : Tan Kok Wai
 
Timbalan Pengerusi Kebangsaan : Gobind Singh Deo
 
Naib Pengerusi : Chong Chieng Jen, Chow Kow Yow, M. Kulasegaran, Zulpuri Shah Raja Puji (lantikan) dan Wong Tien Fatt (lantikan)
 
Setiausaha Agung : Lim Guan Eng
 
Timbalan Setiausaha Agung : Teresa Kok, Nga Kor Ming dan V. Sivakumar
 
Bendahari Kebangsaan : Fong Kui Lun
 
Penolong Bendahari Kebangsaan : Ngeh Koo Ham
 
Setiausaha Organisasi Kebangsaan : Anthony Loke Siew Fook
 
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan : Su Keong Seong (lantikan) dan Khoo Poay Tiong (lantikan)
 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan : Tony Pua
 
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan : Yeo Bee Yin (lantikan) dan Zairil Khir Johari
 
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan : Liew Chin Tong
 
Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan : Ong Kian Ming (lantikan)
 
Setiausaha Antarabangsa : Teo Nie Ching
 
Ketua Parlimen DAP : Lim Kit Siang
 
Ahli Jawatankuasa : Chong Eng, Ronnie Liu, Datuk Teng Chang Kim, Jannie Lasimbang (lantikan), Dr John Brian Anthony (lantikan), Wong Kah Woh (lantikan) dan Hannah Yeoh (lantikan).
 
 


Demikianlah Artikel Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat

Sekianlah artikel Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang, Guan Eng kekal jawatan, Gobind naik pangkat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/kit-siang-guan-eng-kekal-jawatan-gobind.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :