Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan'

Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan'
link : Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan'

Baca juga


Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT KAYU HITAM: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S Ambiga perlu berani bertanggungjawab dan tidak boleh bersikap seperti ‘membaling batu sembunyi tangan’, kata Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   
 
Zahid berkata ia ekoran tindakan Ambiga memberikan data dan maklumat mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
 
"Dari dahulu kita telah mengetahui sikap Ambiga iaitu berani bila ada di belakang, tak berani bila ada di hadapan. Beliau mengelakkan diri ditemui wartawan... tidak ada keberanian.
 
"Kalau ada keberanian dengan bukti diberikan kepada Sarawak Report ini, mesti berani... beliau tidak harus bersembunyi untuk menyatakan perkara itu. Beliau harus berani bertanggungjawab dengan semua data dan maklumat diberikan itu," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi Fasa Satu hari ini.
 
Baru-baru ini Brown menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat terhadap dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada perdana menteri.
 
Dalam kenyataan pembelaannya pada 11 Oktober lepas terhadap saman yang difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Brown mendakwa beliau dan Ambiga bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.
 
Pembelaan itu difailkan Brown dalam saman fitnah Hadi di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitkan artikel yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional.
 
Artikel Sarawak Report bertajuk 'As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections' disiarkan menerusi portal Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
 
Ahmad Zahid sehubungan itu menyatakan simpatinya kepada PAS yang mana parti berkenaan tidak boleh dianiaya dengan perkara yang tidak benar seumpama itu.
 
"Kalau mahu berpolitik, berpolitik secara berhemah... ini amat tidak kredibel. Selama ini seolah-olah apa sahaja yang ditulis Sarawak Report ini dianggap sebagai gospel truth (benar semata-mata)," katanya



Demikianlah Artikel Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan'

Sekianlah artikel Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Ambiga jangan 'baling batu sembunyi tangan' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/11/zahid-ambiga-jangan-baling-batu.html

Subscribe to receive free email updates: