Judul : Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis
link : Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis
Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis
ANTARAPOSSHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali harus bijak memilih sama ada mahu berperanan sebagai Menteri Besar Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu keceluparan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim menegur sultan negeri itu.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Azmin langsung tidak bersikap tegas dalam mempertahankan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ditegur Zaid di laman mikro Twitternya baru-baru ini.
"Azmin sebagai pemimpin utama di negeri itu sepatutnya berusaha menunjukkan beliau tegas dalam berhadapan dengan ahli DAP seperti Zaid. Tapi itu tidak berlaku, kerana Azmin seolah-olah mengutamakan politik dengan DAP.
"Azmin gagal melihat keutamaan sebagai menteri besar. Azmin sepatutnya bijak untuk mengetahui di mana beliau patut meletakkan dirinya, sama ada sebagai menteri besar atau pemimpin PKR yang bersekutu dengan DAP," kata Zain dipetik dalam ruangan Catatan Zein Isma menerusi akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
Zaid terdahulu menulis 'Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa kebal apabila negara terbakar'.
Beliau bertindak demikian sejurus Sultan Selangor menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersendakan keturunan Bugis - hanya kerana mahu mensasarkan musuh ketatnya, penggantinya kini, Datuk Seri Najib Razak.
Baginda juga menegur pihak tertentu yang kerap menggunakan isu-isu sensitif untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Zein kemudiannya bertegas, isu kebiadapan Zaid bukan isu politik namun ia adalah perihal institusi Istana dihina.
"Azmin sepatutnya dilihat bertegas dalam soal itu dan bukannya dilihat berlapik semata-mata memikirkan kesan hubungan politik DAP.
"Azmin tahu kalau beliau bersuara keras terhadap Zaid mahu tidak mahu ia sedikit sebanyak akan menjejaskan hubungan PKR dengan DAP apatah lagi DAP bagaikan 'memegang nyawa' politik pentadbiran PKR di Selangor," katanya.
Semalam, Zaid dipanggil ke Balai Polis Bukit Aman untuk memberikan keterangan bersabit kenyataanya itu.
"Ramai yang berkata saya ingin menghasut, kurang ajar dan biadap. Tapi bila kita bercakap tentang Raja Berpelembagaan, kita perlu cakap benar.
"Kita menerangkan konsep sebenar Raja Berpelembagaan iaitu raja tidak boleh memihak kerana ia menjadikan pihak satu lagi akan jadi tidak percaya," kata Zaid.
Zaid bagaimanapun enggan menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan memohon maaf kepada Sultan Selangor ataupun tidak.
Demikianlah Artikel Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis
Sekianlah artikel Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin harus pilih jadi MB Selangor atau Timbalan Presiden PKR dalam isu Bugis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/azmin-harus-pilih-jadi-mb-selangor-atau.html