Judul : Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim
link : Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim
Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan Idris Harun menolak permohonan kerajaan negeri Selangor agar beliau menarik diri daripada mendengar rayuan kes bagi mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Idris diminta menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan beliau mempengerusikan panel hakim dalam kes pertikaian kawasan pilihan raya oleh pembangkang sebelum ini.
Pertikaian itu membabitkan SPR dengan Adun Batu Lintang (PKR Sarawak) See Chee How dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah.
“Saya dapati tiada merit bagi permohonan ini," kata Idrus.
Idrus yang mengetuai panel tiga hakim, sepatutnya mendengar usul untuk mengenepikan satu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas suruhanjaya tersebut pada hari ini.
Satu rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 November oleh panel tiga hakim, di mana Idrus turut menjadi hakim, mengenai cabaran undang-undang oleh pengundi Melaka, yang diketuai oleh Chan Tsu Chong terhadap SPR.
Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan SPR "tidak boleh dihalang dengan cara apa pun untuk melaksanakan fungsi perlembagaannya kerana tindakan campur tangan untuk menangguhkan amalannya di negeri Selangor."
Kesimpulannya selanjutnya mengatakan SPR "secara perlembagaannya terikat untuk meneruskan semua siasatan tempatan bagi menunaikan kewajiban perlembagaannya."
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak boleh mencabar pelaksanaan persempadanan semula SPR.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan dalam pelaksanaan persempadanan semula, yang menurut beliau ia adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan itu.
Selangor memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Oktober tahun lepas, menamakan SPR, pengerusinya Hashim Abdullah dan setiausaha Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Demikianlah Artikel Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim
Sekianlah artikel Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cabar persempadanan semula SPR: Selangor gagal gugurkan hakim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/cabar-persempadanan-semula-spr-selangor.html