Judul : Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M
link : Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M
Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M
Bekas pembantu pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu, tidak berpuas hati dengan gesaan pembebasan segera Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Lelaki yang menjadi tumpuan dalam dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan rasa simpati Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap ketua umum PKR yang dipenjarakan itu, selepas bekas perdana menteri terbabit menggesa pembebasannya.
“Tun Mahathir patut lebih tahu, saya adalah mangsa sebenar dalam perbuatan jenayah Anwar Ibrahim,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan di Facebooknya hari ini.
Saiful, 32, mendakwa diliwat Anwar pada 2008.
Bekas ketua pembangkang itu menafikan dakwaan tersebut, dengan menyifatkan tuduhan itu bermotifkan politik. Beliau kemudiannya didakwa dan Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
Semalam, Dr Mahathir yang pernah memecat Anwar daripada Kabinetnya atas tuduhan sama pada 1998, menyertai peguam hak asasi Amerika Syarikat, Kimberley Motley dalam gesaan pembebasan segera Anwar.
“Anwar adalah tahanan politik dan menjalani hukuman penjara lebih 34 bulan. Dia dijangka dibebaskan pada Jun 2018, tetapi keadaan kesihatannya sekarang menjadi kebimbangan keluarga, rakan-rakan dan orang di seluruh dunia,” kata mereka dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat.
Saiful berkata, pengerusi Pakatan Harapan itu yang mengetuai gabungan 4 parti pembangkang dikaburi “kuasa dan cita-cita”.
“Betapa mudahnya seseorang boleh melupakan prinsip dan makna keadilan demi mencapai matlamat politik terdesak,” katanya sambil mengenangkan pertemuannya dengan Dr Mahathir yang menyatakan “simpatinya kepada saya sebagai mangsa”.
“Memang benar dalam politik tidak ada kawan atau lawan yang kekal, hanya kepentingan. Dan kepentingan itu malangnya untuk matlamat tidak baik, mengatasi keadilan, kebenaran dan kuasa,” kata Saiful.
Demikianlah Artikel Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M
Sekianlah artikel Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya mangsa sebenar Anwar, Saiful beritahu Dr M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/saya-mangsa-sebenar-anwar-saiful.html