Judul : Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis
link : Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis
Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya turut memulangkan pingat kebesaran yang dikurnia Istana Johor ekoran Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga pernah mengkritiknya berhubung isu Bugis.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata jika Dr Mahathir tergamak memulangkan Darjah Kebesaran daripada Istana Selangor, tentu beliau boleh berbuat perkara sama dengan pingat yang dikurniakan Kesultanan Johor.
"Sultan Johor juga sudah murka kepada beliau, kenapa beliau tidak menyerahkan sama darjah kebesaran yang diterima sedangkan isu ini adalah sama.
"Tambahan pula di negeri Johor, terdapat desakan (untuk pulang pingat), contohnya Persatuan Bugis Johor supaya Dr Mahathir memulangkan kembali darjah kebesaran tersebut," katanya kepada Antarapos.
Yang Dipertua Persatuan Bugis Johor, Datuk Awang Abdullah sebelum ini mencabar Dr Mahathir memulangkan semula Darjah Kebesaran yang pernah diterimanya daripada Sultan Johor kerana baginda juga berketurunan Bugis.
Awang yang dipetik sebagai berkata, kenyataan Dr Mahathir pada himpunan anti-kleptokrasi Oktober lalu yang mengaitkan Bugis sebagai lanun, benar-benar mengguris dan perkataan terhina bagi masyarakat tersebut sekali gus mendesak permohonan maaf atas keceluparannya.
Untuk rekod, Dr Mahathir dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) daripada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.
"Di Selangor tak ada siapa pun desak beliau berbuat demikian, (tapi) boleh pula beliau pulangkan. Jadi bila dah ada desakan, sepatutnya beliau akur. Barulah ia nampak konsisten,"demikian tambah Kamarul Zaman.
Dr Mahathir pada minggu lalu memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Istana Selangor dengan menyifatkan dirinya tidak lagi layak untuk menyimpannya.
Ia berikutan kemurkaan Sultan Sharafuddin terhadap ucapan Dr Mahathir yang mengaitkan kaum Bugis sebagai lanun dan penjenayah ketika berucap di himpunan anti-kleptokrasi anjuran pembangkang itu.
Bagaimanapun baru-baru ini beliau enggan mengulas lanjut ketika diajukan soalan daripada pemberita adakah dirinya akan turut memulangkan pingat kebesaran dari Istana Johor ekoran Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar juga pernah mengkritiknya berhubung isu Bugis.
Dr Mahathir sebaliknya hanya melemparkan senyuman ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu.
Polis semalam sudah mengambil keterangan Dr Mahathir bersabit kenyataannya yang membangkitkan isu Bugis ketika himpunan anti-kleptokrasi, Oktober lalu.
Demikianlah Artikel Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis
Sekianlah artikel Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M perlu pulangkan Darjah Kebesaran Johor - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/tun-m-perlu-pulangkan-darjah-kebesaran.html