Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis

Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis
link : Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis

Baca juga


Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kelantangan Datuk Seri Najib Razak mengecam keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel memperlihatkan Malaysia merupakan negara yang berpengaruh dan dihormati dalam kalangan 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata ketegasan yang ditonjolkan Perdana Menteri jelas membuktikan Malaysia tidak sekadar mengikuti telunjuk AS meskipun menjalinkan hubungan baik dengan negara berkenaan.
 
Dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang diadakan di Istanbul, Najib menegaskan Malaysia mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya pengiktirafan dibuat negara kuasa besar itu, sebaliknya mengiktiraf sepenuhnya Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.
 
"Malaysia telah ambil satu tindakan yang cukup berani dan tegas. Tepat pada masanya dan kita turut mahu rakyat Malaysia menyokong tindakan tegas dan pendirian tegas yang diambil Malaysia yang telah diperlihatkan Perdana Menteri di Istanbul.
 
"Malaysia telah menunjukkan bahawa kita adalah sebuah negara yang berpengaruh. Kita sebuah negara yang pendirian kita sentiasa akan menjadi rujukan dan panduan oleh negara yang lain. Kita adalah sebuah negara Islam yang sangat dihormati antara 57 negara-negara OIC," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Mustafa berkata, menerusi pendirian tegas yang dibawa Malaysia dalam usaha memperjuangan hak rakyat Palestin berhubung isu status bandar suci umat Islam itu ianya sekaligus memberi semangat kepada negara lain untuk mengambil tindakan sama.
 
Sehubungan itu, beliau turut berkata suara negara Islam perlu senada dan amat penting untuk terus menentang percubaan 'merampas' hak umat Islam di Palestin, yang juga merupakan tanggungjawab 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia.
 
"Apatah lagi apabila Amerika mahu mengiktirafkan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel dan dipindahkan kedutaannnya ke Baitulmaqdis. Sudah tentunya ini akan memberi kesan kepada sikap dan pendirian banyak negara di dunia. 
 
"Majoriti negara di dunia tidak sokong langkah (Donald) Trump ini. Sebab itu negara Islam mestilah menyuarakan tentangan yang sehabis kuat terhadap usaha ini supaya ada negara lain yang megikut jejak langkah mereka," tambahnya.
 
Najib yang menyampaikan suara rakyat Malaysia di pentas OIC turut menggesa negara-negara anggota pertubuhan itu supaya bersatu dan senada bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin, dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.
 
Tegasnya, pengiktirafan yang dibuat Trump juga disifatkan sebagai satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB, termasuk yang terbaharu, Resolusi 2334 (2016).
 
Sebelum ini, Perdana Menteri dijemput Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk menghadiri sidang tergempar OIC berkaitan isu global itu dalam menunjukkan solidariti bantahan bersama-sama negara Islam lain, kerana menurutnya suara Malaysia cukup penting dalam isu itu.
 
Sidang kemuncak itu diadakan bagi menilai keadaan semasa susulan tindakan pentadbiran AS pimpinan Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang memegang kuasa, dan keputusan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
 
Bagaimanapun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
 
Isu Baitulmaqdis antara duri dalam daging dalam isu damai Israel-Palestin selain pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin.
 
 


Demikianlah Artikel Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis

Sekianlah artikel Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lantang kecam AS bukti Malaysia negara berpengaruh, tak ikut telunjuk - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/lantang-kecam-as-bukti-malaysia-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :