Judul : Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan
link : Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan
Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan
Khalid Samad berkata, pengundi Malaysia cukup matang untuk membezakan isu peribadi dan negara.
PETALING JAYA: Tiga pemimpin pembangkang menyangkal spekulasi akhbar Straits Times Singapura yang Pakatan Harapan (PH) akan hilang sokongan akibat kontroversi antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Selangor.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad berkata, pengundi Malaysia cukup matang untuk membezakan isu peribadi dan negara.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor pula percaya hal itu tidak akan menimbulkan hakisan sokongan kepada pengerusi PH.
Laporan Straits Times memetik penganalisis sebagai berkata, ahli politik PH umumnya menghargai hubungan mereka dengan golongan bangsawan, walaupun Dr Mahathir sebaliknya.
Menurut laporan itu, timbul kebimbangan kontroversi itu boleh menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap PH.
“Saya tak rasa isu ini akan mengganggu. Kalau ambil kira apa yang berlaku antara Tun M dan Sultan Selangor itu terlalu kerdil berbanding isu besar rakyat seperti kos sara hidup dan isu rasuah,” kata Mujahid kepada FMT.
Beliau berkata, isu itu timbul hanya disebabkan kenyataan Dr Mahathir mengenai keturunan Bugis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada 14 Oktober lalu, Dr Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan anti-kleptokrasi di Petaling Jaya, mengaitkan Najib dengan keturunan “lanun Bugis”.
Komen itu mencetuskan kemarahan masyarakat Bugis di Malaysia, Indonesia serta kerabat diraja Johor dan Selangor yang mempunyai asal usul Bugis.
Minggu lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Dr Mahathir dengan berkata, agenda politik bekas perdana menteri itu didorong “kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.
Khamis lalu, Dr Mahathir bersama isterinya memulangkan pingat kebesaran yang dianugerahkan Sultan Selangor kepada pihak istana.
Mujahid menasihatkan semua pihak menghormati istana dan jangan mengheret institusi diraja dalam urusan politik kepartian.
Khalid juga bersetuju dan percaya orang Melayu akan membela keneutralan institusi diraja dan tidak akan membiarkan kontroversi itu menjejaskan keputusan mereka ketika mengundi.
“Maknanya, kalau kita buat keputusan berdasarkan isu ini, sultan akan kehilangan unsur neutral.
“Institusi diraja adalah neutral dan harus kekal sebegitu.”
Beliau menuduh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempolitikkan isu itu dan cuba mencemarkan institusi diraja.
Kamarudin pula merujuk catatan pengguna Facebook mengenai keputusan Dr Mahathir dan isterinya untuk memulangkan pingat mereka dengan berkata, tindakan itu mendapat sokongan orang ramai.
“Ramai komen di laman Facebook Dr Mahathir dan menganggap beliau seorang yang berintegriti dan mulia.”
Demikianlah Artikel Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan
Sekianlah artikel Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin PH: Isu Dr M dan Sultan Selangor takkan jejas sokongan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/pemimpin-ph-isu-dr-m-dan-sultan.html