Judul : Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan
link : Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan
Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan
Ketua Konservator Hutan berkata dakwaan media sosial adalah tuduhan liar yang disebarkan golongan jahil.
KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan Sabah menyangkal dakwaan kononnya banjir di Kampung Pampang, Keningau, yang memusnahkan 12 rumah pada Isnin, akibat pembalakan di kawasan tadahan air Banjaran Crocker.
Ketua Konservator Hutan Datuk Sam Mannan dalam kenyataan berkata dakwaan itu, yang tersebar di media sosial, dilakukan oleh individu “jahil”.
“Dakwaan itu tidak benar dan tidak lebih daripada tuduhan liar,” katanya.
Sam menjelaskan sumber Sungai Pampang terletak di Taman Banjaran Crocker, kawasan hutan yang sebahagian besarnya masih murni dan tidak pernah dibalak.
Bagaimanapun, terdapatnya pencerobohan dan pertanian pindah getah dan padi, katanya.
Sungai itu juga mengalir melalui beberapa penempatan daan pekan Keningau.
“Di musim kering, sungai itu menjadi sungai kecil dengan aliran air yang lemah. Bagaimanapun, akses ke sungai dan tanah rata menarik minat setinggan yang membina rumah-rumah haram di di tebing sungai malah di atasnya.
“Selepas ribut tropika Greg pada 1996, notis diberikan kepada setinggan untuk mengosongkan tebing dan meruntuhkan penempatan itu. Kawasan tersebut rizab tebing sungai dan tidak sesuai untuk penempatan manusia,” jelasnya.
Malangnya, setinggan tidak berpindah dan terus berkembang, kata Sam.
Beliau berkata kedudukan rumah di tebing hanya mengundang bencana kerana banjir merupakan fenomena biasa.
“Banjaran Crocker sumber air tawar paling penting dan terbesar untuk pantai barat dan pedalaman.
“Tetapi apabila hujan turun tanpa henti, keupayaan tampung air sudah melebihi dan lebihan air mengalir ke alur sungai, termasuk Sungai Pampang.
“Sumber air yang banyak inilah yang menyebabkan banjir baru-baru ini. Ia ulangan kejadian 1996 (semasa ribut tropika yang meragut 100 nyawa di Keningau).
“Air berlebihan daripada aliran permukaan ialah fenomena biasa. Membina rumah di atas atau di tepi sungai hanya mengundang bencana,” katanya
Demikianlah Artikel Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan
Sekianlah artikel Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir Keningau bukan kerana pembalakan, kata jabatan perhutanan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/banjir-keningau-bukan-kerana-pembalakan.html