Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan

Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan
link : Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan

Baca juga


Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan

 
Bilal Sapno Tukijo dari surau Taman Free School diberi penghormatan pada makan malam Krismas semalam.


Bilal surau Taman Free School, Sapno Tukijo, menerima anugerah khas daripada CPHM, satu penghargaan buatnya yang membantu mangsa banjir bulan lepas.
Bilal surau Taman Free School, Sapno Tukijo, menerima anugerah khas daripada CPHM, satu penghargaan buatnya yang membantu mangsa banjir bulan lepas.

GEORGE TOWN: Seorang bilal yang membenarkan mangsa banjr berlindung di surau ketika banjir melanda Pulau Pinang bulan lalu diberi penghormatan tinggi di satu makan malam antara agama malam semalam.

Sapno Tukijo dari surau Taman Free School, diberi tempat di meja tetamu kehormat dan diberi penghormatan oleh kumpulan Kristian untuk Kedamaian dan Keharmonian di Malaysia (CPHM) kerana membantu mangsa banjir.

Malam itu juga sangat bermakna buat warga Indonesia itu kerana minggu lepas beliau dimaklumkan imigresen memberikan pas masuk kepadanya, yang akan memudahkan peluangnya mendapatkan status pemastautin tetap.

“Alhamdulillah. Saya sangat gembira saya akan peroleh status pemastautin tetap (PR). Pengarah imigresen sendiri beritahu saya semuanya akan berjalan lancar.

“Saya diminta mengisi borang di Jabatan Pendaftaran Negara. Selepas itu, saya perlu menunggu kira-kira 3 hingga 6 bulan.

“Di Malaysia, saya belajar berbuat baik menerusi apa yang dipelajari di negara asal, menerusi Pancasila. Terutamanya ketuhanan yang maha esa dan kemanusiaan yang adil dan beradab.”

Pancasila adalah pedoman kehidupan bernegara di Indonesia.

“Saya rasa Rukun Negara juga mempromosikan ‘kesusilaan’. Ianya adalah penghormatan besar jika saya peroleh status PR di sini,” katanya.

Pada majlis makan malam itu yang dihadiri 200 imam dan ketua gereja, Sapno sering didekati untuk swafoto.

“Saya terharu dengan orang ramai yang berterima kasih atas apa yang saya lakukan. Orang akan jalan ke arah saya dan mengucapkan terima kasih.

“Saya beritahu mereka, tidak perlu berterima kasih kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab membantu sesama manusia,” katanya pada satu temubual selepas berkahirnya majlis makan malam Krismas anjuran CPHM di Hotel G semalam.

Sapno yang lahir di Riau, Sumatera, mengharungi banjir yang dalam berdekatan suraunya untuk membantu lebih kurang 70 penduduk Cina dan India di rumah kampung berdekatan apabila air banjir naik sehingga bumbung.

Beliau mengikat tali antara 2 tiang lampu supaya mangsa dapat merentasi ke tokong tetapi air terlalu deras untuk direntasi.

Sapno kemudian menawarkan mangsa-mangsa itu yang sesetengahnya tidak berpakaian, untuk berteduh di ruang sembahyang surau tersebut.

Gambar mangsa banjir di surau itu tular di media sosial, dengan sesetengah pihak mengatakan mangsa yang tidak berpakaian sopan mencemar rumah ibadat.

Bagaimanapun, jumlah pujian mengatasi pengkritik, sekaligus beliau disambut sebagai salah seorang wira dalam bencana banjir Pulau Pinang.

Sapno dan pengarah surau itu, Zakaria Malik, diberikan anugerah khas Maal Hijrah oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sempena hari lahir Nabi Muhammad bulan lepas.

Sapno berpindah ke Malaysia pada 1988 untuk bekerja sebagai tukang kimpal pada usia 21 tahun.

Sejak itu, beliau di sini hanya menggunakan pasport dan telah memohon untuk menjadi pemastautin selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan pada 1994.

Permohonannya bagaimanapun tidak pernah diluluskan, katanya.

Sapno berkahwin dengan seorang rakyat Pulau Pinang bernama Norliah Mohamed Noor, 52, dan mempunyai 5 anak berumur 12 hingga 22 tahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat berumur 6 tahun yang diambil tidak lama dahulu. Norliah seorang suri rumah sepenuh masa.

‘Jamuan Krismas Besar-besaran’

Jamuan Krismas CPHM semalam dihadiri 200 orang termasuk imam, ketua gereja dan ahli Pemuda PAS.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang Mohd Rashid Hasnon.

Tema majlis makan malam itu bukanlah untuk menyambut Krismas tetapi untuk memberi penghargaan kepada mereka yang membantu Pulau Pinang pulih daripada banjir paling teruk dalam sejarah negeri itu.

Selain Sapno, CPHM juga memberi penghargaan kepada Pertahanan Awam Pulau Pinang diketuai oleh Kol (CD) Pang Ah Lek dan beberapa kumpulan Islam dan Kristian yang menyertai usaha bantuan banjir.

Pengerusi CPHM, Lee Min Choon berkata, majlis makan malam itu sebahagian usaha mengurangkan polarisasi antara agama dan masyarakat di Malaysia.

Katanya, walaupun yang hadir kebanyakan pemimpin Kristian dan Islam, terdapat juga jumlah penganut Buddha dan Hindu pada majis tersebut.

Mereka yang terima plak daripada CPHM atas bantuan mereka pada banjir bulan lepas. Pemuda PAS, diwakili timbalan ketua Rafaei Abdul Rashid (tiga dari kiri) hadir untuk menerima anugerah itu.
Mereka yang terima plak daripada CPHM atas bantuan mereka pada banjir bulan lepas. Pemuda PAS, diwakili timbalan ketua Rafaei Abdul Rashid (tiga dari kiri) hadir untuk menerima anugerah itu.

“Di Pulau Pinang, bermula Julai, kami jemput imam dan paderi ke hotel untuk majlis makan malam.

“Kami swasta dan dibiayai sendiri oleh pemimpin Kristian dan Islam…bagi meletakkan asas untuk keamanan dan kefahaman untuk tahun mendatang,” kata bekas pengerusi Persatuan Bible Malaysia.

Shah Kirit Bin Kakulal Govindji, seorang pendakwah Islam popular dan juga presiden Global Unity Network, berkata majlis seperti itu penting untuk memupuk hubungan baik antara pemimpin agama.

“Majlis seperti ini akan menjadi tempat mereka berbincang, imam dan ketua gereja akan kembali ke jemaah mereka dan sebarkan perkara baik tentang orang lain, sekaligus memecah prejudis,” katanya.

Pastor dari Gereja Komuniti Vineyard, Samuel Teh, berkata majlis seperti ini “mengurangkan syakwasangka” antara agama.

Pengerusi CPHM Lee Min Choon (kanan), Presiden Global Unity Network Shah Kirit Kakulal Govindji (tengah) dan wakil CPHM Bahagian Utara Pastor Samuel Teh
Pengerusi CPHM Lee Min Choon (kanan), Presiden Global Unity Network Shah Kirit Kakulal Govindji (tengah) dan wakil CPHM Bahagian Utara Pastor Samuel Teh

“Kamu sampai ke akar umbi dengan cara sebegini. Semua meja di majlis makan malam terdiri daripada 5 penganut Islam dan 5 penganut Kristian. Ianya membolehkan mereka mengenali satu sama lain.

“Dan daripada pengalaman Sapno, kita telah bawa diri kita lebih rapat, kemanusiaan dan kepercayaan mengatasi segalanya akhirnya.”



Demikianlah Artikel Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan

Sekianlah artikel Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bilal bantu mangsa banjir bukan Islam diberi penghormatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/bilal-bantu-mangsa-banjir-bukan-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :