Judul : BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga'
link : BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga'
BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga'
ANTARAPOSSHAH ALAM: Sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah buat kali ketiga dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, keadaan itu diibaratkan seperti 'cerai talak tiga'.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ahli-ahli parti perlu melakukan kerja mendekati rakyat jika mahu merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Jangan sampai bercerai talak tiga. Tak perlu cuba banyak kali untuk rampas Selangor," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.
Walaupun Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo, yang juga bekas menteri besar Selangor berikrar mahu membantu kemenangan BN, Noh bagaimanapun berkata perkara itu masih belum memadai.
"Ahli perlu keluar kepompong dengan mendekati masyarakat...Itu sebabnya penting peranan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara antara kerajaan dengan rakyat yang perlu digerakkan ke seluruh parlimen.
"Jika tak dapat semua kerusi (tetapi) dapat dua atau tiga pun dah memadai. Setiap pemimpin perlu tumpu kawasan masing-masing," katanya lagi.
Penguasaan Umno di Selangor gagal dikekalkan selepas ia tewas kepada PR pada pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013.
Demikianlah Artikel BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga'
Sekianlah artikel BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN di Selangor jangan jadi 'cerai talak tiga' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/bn-di-selangor-jangan-jadi-cerai-talak.html