Judul : Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz
link : Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz
Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PAS tetap konsisten untuk berta'awun (bekerjasama demi kebaikan) dengan Umno dalam hal melibatkan kepentingan umat Islam, termasuklah sepentas bersama parti itu untuk mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, PAS sememangnya memutuskan mengambil pendirian sedemikian jika melibatkan kepentingan Islam, dan ia sudahpun bermula ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Memang kita dah bersetuju untuk bertaawun dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam. Dahulu kita juga pernah sepentas bersama Tun Dr Mahathir dalam isu Palestin, bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. (Kemudian) kita satu pentas dalam isu Rohingya," katanya kepada Antarapos.
Justeru beliau menegaskan, tindakan 'musuh politik' yang cuba mengaitkan perkara ini sebagai langkah untuk menjalin tahaluf siyasi, adalah cubaan untuk memfitnah parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Tambah Mahfodz, jika semua pihak benar-benar mahu bangkit mempertahankan Islam, mereka juga sepatutnya mengenepikan soal parti politik masing-masing dengan menyertai himpunan yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya, Jumaat depan.
"Sebaik-baiknya janganlah hanya Umno dan PAS sahaja, kalau boleh lebih kukuh lagi perpaduan umat Islam di Malaysia, diajak parti-parti lain juga.
"Kalau Umno dengan PAS saja, sudah tentu timbul persepsi atau fitnah seperti mana yang berlaku hari ini walau kita sudah menafikan beratus kali bahawa kita tiada kerjasama politik dengan Umno, (tapi) musuh politik tetap menularkan isu itu seolah kerjasama itu akan berlaku. Padahal dari segi politik, kita tiada kerjasama dengan Umno," kata Mahfodz.
Jumaat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual akan menyertai himpunan di Putrajaya itu bersama-sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Najib baru-baru ini juga berkata beliau akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul minggu lalu tentang perkara itu, di himpunan berkenaan.
Mengulas mengenai keterlibatan PAS, ujar Najib, Umno dan PAS perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
Dalam pada itu Mahfodz bagaimanapun berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi sekiranya Hadi sudah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan Najib pada himpunan berkenaan.
Demikianlah Artikel Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz
Sekianlah artikel Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Henti tuduh Umno-PAS jalin kerjasama politik - Mahfodz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/henti-tuduh-umno-pas-jalin-kerjasama.html