Judul : Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis
link : Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis
Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Perjuangan Malaysia terhadap isu Baitulmaqddis tidak akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terutama soal keselamatan, kententeraan dan ekonomi.
Tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ini kerana kedua-dua negara cukup matang untuk membezakan kepentingan setiap hubungan yang dijalinkan.
Malah beliau percaya AS selaku kuasa dunia tidak akan menggadaikan kepentingannya dalam soal perdagangan dan diplomatik semata-mata disebabkan isu Baitulmuqaddis.
Mengenai 'ugutan' AS untuk mengentikan bantuan kepada negara-negara yang menolak hasrat memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, Ahmad Zahid berkata, Malaysia bukanlah negara yang terlalu banyak menerima banyak bantuan daripada AS.
"Setiap pihak harus membezakan antara hubungan diplomatik, perdagangan dan lain-lain kerana isu Baitulmuqaddis sangat spesifik.
"Kita faham AS akan mengasingkan perkara ini daripada setiap bentuk hubungan yang lain," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke kilang baharu Datasonic Group Bhd., di sini hari ini.
Beliau pada masa sama menegaskan, pendirian Malaysia tidak akan berganjak daripada menyokong hak Palestin terhadap Baitulmuqaddis serta penolakan pemindahan ibu negara Israel ke kota suci tersebut.
Demikianlah Artikel Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis
Sekianlah artikel Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hubungan Malaysia-AS tak terjejas kerana isu Baitulmaqddis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/hubungan-malaysia-as-tak-terjejas.html