Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid

Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid
link : Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid

Baca juga


Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan turut sama dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Putrajaya esok.
 
“Ada yang mewakili Amanah, ada mewakili PKR hadir esok,” katanya selepas merasmikan kilang Datasonik Group Berhad, sebuah syarikat yang membekalkan pasport, hari ini.
 
Beliau mengulas mengenai kehadiran pemimpin PH dalam himpunan itu esok, di tengah-tengah penafian segelintir pemimpin gabungan mengenai keharian mereka.
 
Semalam Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dipetik portal FMT berkata, beliau berkemungkinan akan menolak jemputan Zahid sebagai panelis forum khas solidariti selamatkan Palestin esok. 
 
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu malah mencadangkan Zahid mewakili kerajaan pusat mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu Palestin dan mengutuk tindakan Washington.
 
Menjawab mengenai perkara itu, Zahid berkata, pihaknya sudah mempunyai wakil baru dari Amanah yang akan menggantikan Mujahid sebagai panelis forum khas itu.
 
“Kita dah ada ganti dia (Mujahid) daripada parti dia yang sama.
 
“Biar (mereka) gaduh sama sendiri,” katanya merujuk perbezaan pandangan pemimpin PH berhubung himpunan itu.
 
Selain Mujahid, beberapa pemimpin pembangkang yang turut disenaraikan sebagai ahli panel forum khas itu adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
 
Kamaruddin yang dihubungi Antarapos hari ini turut menyatakan pendirian untuk tidak menghadiri himpunan berkenaan kerana tidak mendapat jemputan.
 
Tambahnya, adalah tidak wajar untuk beliau hadir sebagai wakil PPBM sedangkan pemimpin tertinggi parti tidak diundang.
 
 


Demikianlah Artikel Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid

Sekianlah artikel Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin PH akan hadir himpunan solidariti pertahankan Baitulmaqdis - Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/pemimpin-ph-akan-hadir-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :