Judul : Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid
link : Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid
Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta akan diberikan kerajaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , RM5 juta daripada peruntukan itu akan diberi secara tetap kepada Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (Pemadam) menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula tahun depan.
“Mesti ada peruntukan daripada AADK diberikan kepada seluruh NGO seluruh negara. Peruntukan tanpa perlu surat permohonan sebanyak RM5 juta akan diberikan kepada Pemadam," katanya sewaktu berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam Ke-42 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Manakala baki peruntukan sebanyak RM5 juta lagi akan diperuntukkan kepada NGO-NGO, kelab-kelab antidadah di sekolah dan universiti.
Bagaimanapun Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak menarik kembali peruntukan berkenaan jika hasilnya tidak memuaskan.
“Jika kes penyalahgunaan dadah gagal dikurangkan 50 peratus menjelang Disember tahun depan, saya akan tarik balik peruntukan itu daripada NGO-NGO semua,”katanya.
Turut hadir Yang Dipertua Pemadam, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Demikianlah Artikel Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid
Sekianlah artikel Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peruntukan tahunan RM10 juta untuk banteras penyalahgunaan dadah - Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/peruntukan-tahunan-rm10-juta-untuk.html