Judul : Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian
link : Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian
Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian
ANTARAPOSKLANG: Tiga peserta larian Klang City International Marathon cedera dengan seorang daripadanya parah apabila dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kenderaan terbabit dari arah Klang menghala ke Kapar melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama.
Katanya, mangsa yang parah dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44. Wanita itu mengalami kecerederaan pada kepala dan rahang.
"Dua yang lain, Amiruddin Hamid, 37, cedera pada kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami luka buku lali kiri.
"Tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mazelan berkata, pemandu kenderaan terbabit seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak cedera.
"Bampar dan bonet kereta pemandu kemek pada bahagian hadapan. Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah. Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah," katanya.
Demikianlah Artikel Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian
Sekianlah artikel Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Seorang parah, dua cedera dilanggar kereta ketika sertai larian dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/seorang-parah-dua-cedera-dilanggar.html