Judul : Jamal direman dua hari
link : Jamal direman dua hari
Jamal direman dua hari
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas mendapatkan permohonan dari pihak polis.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu ditahan oleh Pasukan Siasatan Khas (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam tadi.
Jamal kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Penahanan beliau dipercayai berkaitan ugutannya terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.
Jamal kelmarin membawa tukul seberat 5 kilogram dan menghentak patung bekas menteri undang-undang itu, selain berikrar mahu memburu pemimpin itu jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan biadapnya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, mengesahkan penahanan reman itu.
Demikianlah Artikel Jamal direman dua hari
Sekianlah artikel Jamal direman dua hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal direman dua hari dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/jamal-direman-dua-hari.html