Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu

Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu
link : Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu

Baca juga


Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menentang Umno, sedangkan parti itu memberi kuasa kepadanya menjadi perdana menteri paling lama memerintah Malaysia.
 
Dalam wawancara bersama akhbar The Star, baginda bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut berdukacita dengan Mahathir semenjak bekas perdana menteri itu kembali aktif dalam politik.
 
“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.
 
“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.
 
“Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahu itu cukup besar. Dia tidak mahu ada perdana menteri lain yang lebih baik dan dia cuba menekan mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority complex,” titah baginda seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris itu.
 
Dr Mahathir pada tahun lalu menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas mengumumkan keluar Umno.
 
Parti terajunya itu kemudian menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bersama DAP, PKR dan Amanah. Beliau turut dilantik menjadi Pengerusi kepada gabungan berkenaan.
 
Sejak bersama PH, Dr Mahathir semakin lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan menyasarkan Presiden Umno itu ekoran dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Dalam himpunan anti-kleptokrasi pada Oktober lalu, Dr Mahathir menggelar Najib 'berketurunan lanun Bugis' dan memintanya pulang ke negara asalnya.
 
Kenyataan berkenaan turut mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin kerana baginda juga berketurunan Bugis.
 
“Saya sedang dalam perjalanan menunaikan umrah apabila diberitahu mengenai kenyataan itu.
 
“Saya tidak bertindak membuta-tuli. Saya tunggu hingga kembali dan bercakap dengan pelbagai pihak yang ada di sana dan tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya. 
 
Sementara itu dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, baginda menyeru semua parti politik supaya tidak membangkitkan isu provokasi berkaitan kaum dan agama kerana ia boleh memecah-belahkan rakyat.
 
"Apa yang harus diutamakan ialah keharmonian rakyat. Kita tak mahu rakyat bertelagah sesama sendiri hanya kerana ada pihak berkepentingan yang jadi 'batu api' semata-mata ingin meraih undi.
 
"Akhirnya nanti, orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini yang rugi kerana penyatuan dalam kalangan orang Melayu ketika ini masih rapuh.
 
"Apa saja isu sensitif yang dipolitikkan boleh menyebabkan penyatuan orang Melayu terus terganggu," titah baginda. 




Demikianlah Artikel Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu

Sekianlah artikel Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor: Tindakan Tun M mendukacitakan Raja-raja Melayu dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/sultan-selangor-tindakan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :