Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA

Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA
link : Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA

Baca juga


Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersetuju dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan satu sistem yang mampu mengurangkan kes penipuan umrah di negara ini, namun ia perlulah dilaksanakan dengan mekanisme yang betul dan tepat.
 
Timbalan Presidennya Aminuddin Yahaya berkata, kerajaan perlu meneliti secara terperinci tentang sistem yang ingin digunakan sebelum diumumkan kepada rakyat agar tidak berlaku kekeliruan seperti apa yang terjadi pada sistem 'Integrated Manasik Monitoring System' (IMAMS) yang menerima bantahan ramai pihak sehingga ia ditarik balik selepas 24 jam diumumkan pelaksanaannya.
 
Malah menurut Aminuddin, lebih baik sekiranya selepas ini, perkara yang berhubung-kait dengan ibadah umrah diuruskan oleh pihak agensi kerajaan sahaja, dan tidak melibatkan mana-mana syarikat persendirian yang sekadar mahukan keuntungan semata-mata.
 
"Bagi pihak NGO, kita sangat setuju, ia bagus tapi mekanismenya yang tidak betul.
 
"Kita lagi bersetuju sekiranya agensi kerajaan sendiri yang memantau perkara ini sama ada bahagian kementerian pelancongan, atau tabung haji sendiri, maknanya orang yang tidak ada 'profit-orientation'.
 
"Bila kita serahkan kepada 'profit-oriented company', ia akan cenderung kepada keuntungan sahaja, jadi ini satu benda yang sangat mendukacitakan.
 
"Sebab penipuan ini (umrah) sudah banyak sangat berlaku, jadi perlu pemantauan secara khusus, mungkin sistem ini boleh digunakan, tetapi bukan oleh syarikat tetapi dari agensi kerajaan sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Sabtu lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memperkenalkan sistem IMAMS yang bertujuan menguruskan jemaah umrah dengan lebih baik, mengukuhkan sistem kawal selia dan membanteras aktiviti penipuan.
 
Namun, sistem itu dibatalkan sehari selepas ia dilaksanakan, susulan bantahan daripada pemain industri, pembangkang dan parti kerajaan sendiri.
 
Menerusi sistem berkenaan, jemaah akan dikenakan caj tambahan RM90.10 yang meliputi bayaran RM5.10 untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 bagi insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.
 
Mengulas lanjut, Aminuddin dalam pada itu tidak bersetuju sekiranya cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas jemaah yang mahu menunaikan ibadah umrah.
 
Katanya, cukai tersebut tidak wajar diwujudkan kepada para jemaah umrah mmemandangkan rata-rata mereka yang mahu menunaikan ibadah suci itu hanya pergi sekali seumur hidup malah ada yang datang daripada kelompok orang kurang berkemampuan.
 
"Kita rasa elemen GST juga tidak perlu digunakapai, sebab mereka yang pergi ini bukan untuk berniaga, mereka cuma pergi untuk beribadah, kita tidak perlu ambil keuntungan daripada situ, sebab orang yang pergi (umrah) itu ada yang tidak banyak duit, mungkin nak pergi umrah sekali seumur hidup, kemudian perlu bayar GST lagi, jadi saya rasa itu tidak wajar," jelasnya lagi.
 
Sistem IMAMS menjadi bualan umum memandangkan wujud caj tambahan yang turut melibatkan pembayaran GST di dalamnya, selain persoalan tentang kedudukan mereka yang bukan Islam yang terlibat dalam mengurus tentang perihal ibadat umrah umat Islam. 




Demikianlah Artikel Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA

Sekianlah artikel Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem IMAMS bagus, elak penipuan tapi mekanisme tak tepat - ISMA dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/sistem-imams-bagus-elak-penipuan-tapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :