TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan

TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan
link : TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan

Baca juga


TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan

ANTARAPOS

Post Pic
 
  
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa mana-mana persatuan atau pertubuhan yang berdaftar dan tidak melakukan aktiviti yang melangkaui perlembagaan pertubuhan berkenaan atau melanggar undang-undang sedia ada akan dibatalkan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
 
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang dilakukan RoS itu bertujuan bagi memastikan semua pertubuhan bergerak selaras dengan objektif penubuhan serta perlembagaan.
 
"Antara tugas RoS ialah menjalankan saringan yang teliti semasa peringkat pemprosesan pendaftaran pertubuhan. Semua persatuan dan pertubuhan  tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966. 
 
"Justeru, sekiranya terdapat aduan terhadap pertubuhan yang tidak mengikut perlembagaan pertubuhan, maka RoS akan melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan pembatalan di bawah Seksyen 13 di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," katanya.
 
 Beliau menjawab soalan Senator Khairul Azwan Harun mengenai langkah lebih berkesan oleh agensi perundangan untuk mengambil tindakan terhadap persatuan seperti persatuan pengguna yang menjangkau batas perundangan yang dibenarkan.
 
Zahid berkata terdapat 262 buah persatuan pengguna yang telah didaftarkan di bawah RoS sehingga 15 Dis lepas, daripada jumlah itu sebanyak 158 persatuan adalah aktif manakala 104 persatuan pengguna dibatalkan.
 
Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat penyelarasan peringkat tertinggi akan diadakan pada waktu terdekat ini yang akan dipengerusikan beliau sendiri, bagi menyelaras semua pertubuhan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
“Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan semua NGO yang berdaftar melalui RoS di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
 
“Langkah penyelarasan ini perlu dilakukan segera bagi memantau NGO berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian dalam menangani masalah dalam pertubuhan tersebut”.
 
Zahid berkata penyelarasan itu harus dilaksanakan berikutan wujudnya beberapa  NGO kononnya memperjuangkan sesuatu isu tetapi sebaliknya menjadi kumpulan  pendesak yang tidak mengikut akta pertubuhan masing-masing. 




Demikianlah Artikel TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan

Sekianlah artikel TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TPM: Persatuan, pertubuhan terbatal pendaftaran jika langgar perlembagaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/12/tpm-persatuan-pertubuhan-terbatal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :