Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya

Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya
link : Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya

Baca juga


Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya

THE MALAYSIAN TIMES



GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini berkata pihaknya tidak pasti sama ada projek tiga lebuh raya, termasuk sebuah terowong dasar laut yang bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini, akan diteruskan seperti dirancang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang kelihatan marah dengan laporan negatif tentang projek itu, mendakwa Barisan Nasional telah melakukan sabotaj.

“Kami ingin memulakan projek itu, tetapi disabotaj, jadi kami tidak tahu sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Projek berkenaan merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km.

Projek itu juga termasuk pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km menghubungkan Persiaran Gurney di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Projek tersebut sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlaksanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Ia juga menerima bantahan daripada pihak yang menyuarakan kebimbangan tentang kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Lim berkata Pulau Pinang mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi memperoleh penilaian kesan alam sekitar (EIA) berkaitan projek itu tahun lepas.

Sementara itu, Lim, yang juga setiausaha agung DAP, enggan mengulas tentang penamatan perkhidmatan lima pembantu Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Cheu.

“Tak ada apa-apa komen daripada saya tentang isu itu,” katanya.

Lim, yang pada mulanya enggan melayan soalan berikutan kehadiran pemberita daripada media arus perdana, berkata beliau ingin melihat bagaimana media arus perdana membuat laporan berhubung penjelasan beliau tentang projek itu dahulu sebelum beliau memberi ulasan tentang perkara lain.

Menurut laporan semalam, Teh merayu kepada kerajaan negeri supaya menimbang semula keputusan menamatkan perkhidmatan lima pembantu beliau.

Lima individu berkenaan menerima surat pada 19 Jan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tentang penamatan perkhidmatan mereka mulai 18 Feb.

Minggu lepas, Teh juga dihalang daripada menggunakan peruntukan RM200,000 bagi kawasan yang diwakilinya.



Demikianlah Artikel Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya

Sekianlah artikel Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng dakwa BN sabotaj projek tiga lebuh raya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/guan-eng-dakwa-bn-sabotaj-projek-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: