Judul : Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid
link : Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid
Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid
ANTARAPOSKUALA TERENGGANU: Seorang guru besar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang zakat murid sekolahnya berjumlah RM5,000 tiga tahun lalu.
Tertuduh, Zabidah Sulaiman, 58, yang ketika itu bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Cheneh Baru 2 di Kemaman, didakwa menyalahgunakan harta, iaitu wang zakat daripada Syarikat Ladang Rakyat Terengganu.
Bagaimanapun, tertuduh yang ketika ini bertugas sebagai Guru Besar SK Pasir Gajah, Kemaman, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, wang berkenaan yang diterima tertuduh sepatutnya diberikan sebagai sumbangan kepada 100 murid sekolah berkenaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) pada 13 Julai 2015 di Bilik Mesyuarat Syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, di Kemaman.
Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan tertuduh diwakili peguam Che Amir Che Musa.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz kemudian menetapkan 11 Februari depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Demikianlah Artikel Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid
Sekianlah artikel Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru besar mengaku tak bersalah seleweng wang zakat murid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/guru-besar-mengaku-tak-bersalah.html