Judul : Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil
link : Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil
Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil
ANTARAPOSSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir lebih banyak melakukan pengkhianatan termasuk kepada orang Melayu sendiri sewaktu zaman pemerintahannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
Demikian reaksi Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengulas serangan terbaru Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kepada Presiden PAS yang juga ayahnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Memperincikan 'siri pengkhianatan' Dr Mahathir, kata Khalil, pemimpin itu pada zaman pemerintahannya melakukan diskriminasi terhadap Kelantan walau pun negeri itu mempunyai lebih 90 peratus orang Melayu.
Begitu juga di era pemimpin terbabit, royalti petroleum ditarik di Terengganu biar pun negeri itu juga mempunyai majoriti penduduk Melayu, kata Khalil.
Malah kata Khalil juga, persempadanan semula kawasan pilihan raya yang melemahkan kuasa politik orang Melayu dilakukan ketika era Dr Mahathir.
“Inilah sebahagian pengkhianatan yang dilakukan Dr Mahathir ketika menerajui kerajaan sebelum ini,” katanya dipetik Harakahdaily.
Semalam Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dalam satu sidang medianya, melabel Hadi sebagai pengkhianat dan sedang mengkafirkan diri sendiri kerana bekerjasama dengan Umno, parti yang dakwanya pernah dilabel 'kafir' oleh pemimpin PAS itu.
Gelaran itu juga diberikan kerana Hadi mengisytiharkan parti pimpinannya akan bertanding di lebih 130 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ujarnya, tindakan itu hanya akan memecahkan undi di kala Hadi tahu partinya akan kalah di kebanyakan kerusi, sekaligus akan memenangkan parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Hadi tahu bahawa kebanyakan kerusi itu akan kalah.. tetapi dia hanya menangkan (Datuk Seri) Najib melalui cara pecahkan undi. Itu niat dia. Itu bukan Islamik. Dalam Bahasa Melayu kita panggil ia pengkhianat.
“Mereka menang bila sertai (gabungan) bersama DAP iaitu 21 kerusi. Sekarang bersendirian, mereka akan kalah. Mereka hanya menolong kawan baik mereka yang dulunya kafir dari Umno. Najib adalah kafir, itu menurut PAS-lah.
“Dia akan bantu kafir ini yang mana dia kata kalau kerja dengan kafir, akan jadi kafir. Sekarang mereka (PAS) bekerjasama dengan Umno. Maknanya dia sedang kafirkan diri sendiri,” kata Dr Mahathir dalam sidang media semalam.
Demikianlah Artikel Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil
Sekianlah artikel Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M pengkhianat Melayu ketika berkuasa, kata Khalil dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/tun-m-pengkhianat-melayu-ketika.html