KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier

KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier
link : KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier

Baca juga


KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor Dr Xavier Jayakumar membayangkan rundingan kerusi bagi Pakatan Harapan (PH) di Selangor mungkin terpaksa dilanjutkan untuk seketika lagi. 
 
Beliau dalam pada itu enggan mengulas lanjut masalah yang dihadapi dalam menyelesaikan rundingan agihan kerusi untuk gabungan berkenaan, namun secara ringkas berkata mereka masih mempunyai masa sehingga pembubaran parlimen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
"(Rundingan) masih berjalan.
 
"Tarikh tamat rundingan (kerusi) apabila Najib umumkan waktu untuk Pilihan Raya," ujarnya ringkas kepada media di pejabatnya, pagi tadi.
 
Sebelum ini Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani mendakwa PH Selangor masih belum mengadakan perbincangan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan, walaupun tarikh akhir penyerahan adalah 31 Januari.
 
Selain itu dakwanya, jawatankuasa khas untuk berunding pembahagian kerusi untuk empat parti komponen gabungan pembangkang itu juga belum ditubuhkan.
 
Ia selepas PKR dikatakan masih berusaha untuk mendapatkan sokongan PAS dan mempercayai mereka akan gagal tanpa bantuan PAS.
 
Menurut Jamzuri, pihaknya telah menghantar surat kepada pengerusi PH Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan segera untuk membincangkan pembahagian kerusi, namun masih belum mendapat maklum balas daripada beliau.
 
Semalam, Setiausaha PH Selangor, Zuraida Kamarudin menyangkal kenyataan Jamzuri sambil menambah, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Xavier Jeyakumar telah dilangsungkan empat kali.
 
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Xavier memberitahu gabungan itu sepakat untuk membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung syor kedua persempadanan semula di negeri pimpinan Azmin itu.
 
Malah beliau yakin PH akan berjaya mengumpul 500 bantahan walaupun hanya berbaki dua minggu sahaja lagi sebelum tarikh akhir yang perlu dikemukakan kepada SPR.
 
Ujarnya, bantahan itu dibuat bagi menuntut kesamarataan kaum terhadap pengundi-pengundi di kesemua kawasan di Selangor bagi PRU14 nanti.
 
"PH Selangor telah bermesyuarat pada hari ini dan kita bersetuju untuk membuat bantahan di atas pameran kedua dan kali ini kita akan bekerja kuat untuk mendapatkan minima 500 bantahan yang akan dihantar kepada SPR sebelum 14 Februari ini.
 
"Kita akan bantah 22 parlimen dan 56 kerusi DUN, sebab masih lagi ada ketidak-samarataan jadi tidak adil dan kita akan bantah.
 
"Sempat (kumpul bantahan), sebab kita ambil isu ini sebagai satu isu yang serius dan juga satu isu yang penting untuk PH di Selangor dan sebab itu hari ini saya panggil mesyuarat untuk semua parti untuk memulakan gerak kerja mereka.
 
"Satu bantahan, 100 orang kena tandatangan dan ada tiga jurucakap," jelasnya lagi.
 
Hari terakhir untuk menghantar bantahan adalah 14 Febuari sebelum SPR melancarkan siasatan untuk membincangkan bantahan diterima.
 
 


Demikianlah Artikel KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier

Sekianlah artikel KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEMASKINI- Rundingan kerusi DUN Selangor sedang berjalan - Xavier dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kemaskini-rundingan-kerusi-dun-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: