Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor

Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor
link : Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor

Baca juga


Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, Zuraida Kamarudin menyangkal kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani yang mendakwa tiada jawatankuasa yang dibentuk untuk rundingan kerusi pilihan raya antara gabungan itu di negeri berkenaan.
 
Sebaliknya, kata Zuraida, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya PH negeri Dr Xavier Jeyakumar telah dilangsungkan empat kali.
 
“Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh PKR kini sedang dalam proses rundingan kerusi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang,” katanya dipetik Malaysiakini.
 
Zuraida juga menafikan terdapat rundingan sulit antara PKR-PAS bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
 
Semalam, Jamzuri mendakwa PH Selangor masih tidak mengadakan perbincangan rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor, walaupun tarikh akhir penyerahan adalah 31 Januari.
 
Selain itu dakwanya, jawatankuasa khas untuk berunding pembahagian kerusi untuk empat parti komponen pakatan itu turut belum ditubuhkan.
 
Menurut Jamzuri, keadaan ini akan berterusan kerana PKR masih gigih ingin mendapatkan sokongan PAS dan mempercayai mereka akan gagal tanpa bantuan PAS.
 
Jamzuri berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meminta bahawa jawatankuasa khas ditubuhkan segera untuk membincangkan pembahagian kerusi.
 
Bagaimanapun ujarnya tiada sebarang maklum balas dari Azmin.
 
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad turut menegaskan kepemimpinan PAS Selangor tidak pernah berunding dengan kerajaan negeri PKR sejak kerjasama politik antara kedua-dua parti itu dibatalkan.
 
Untuk rekod, tahaluf siyasi antara PAS dan PKR terbatal secara rasmi pada Mei tahun lalu selepas Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan berkenaan atas alasan terdapat pelanggaran syarat kerjasama oleh parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu. 




Demikianlah Artikel Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor

Sekianlah artikel Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuraida sangkal dakwaan Amanah tiada jawatankuasa rundingan kerusi PH di Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/zuraida-sangkal-dakwaan-amanah-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: